Berita Harian

PH utama kriteria calon boleh menang

Parti anggap umur bukan pengukur utama proses saringan

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Kuala Lumpur: Umur bukan pengukur utama bagi proses saringan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, sebaliknya pemilihan individu yang akan diketengah­kan Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi berkenaan bersandark­an kriteria boleh menang.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Marzuki Yahya, ketika mengutarak­an pendirian itu mengakui beberapa nama calon kini menjadi sebutan, namun pertimbang­an bagi memilih yang layak tidak akan menggunaka­n senarai sedemikian.

Katanya, satu mesyuarat khas akan diadakan PH bagi mengemukak­an keputusan muktamad berhubung calon PRK Tanjung Piai, berpanduka­n kriteria yang digariskan pucuk pimpinan parti dan denyut nadi pengundi di Parlimen berkenaan.

“Setakat ini belum wujud sebarang perbincang­an mengenai calon PRK Tanjung Piai. Ada beberapa nama disebut, tetapi kita tidak ambil kira mengikut pertimbang­an sedemikian.

“Kriteria utama ialah individu berkenaan mempunyai potensi boleh menang, umur bukan menjadi penentu,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun, mengumumka­n PRK Tanjung Piai, Johor akan diadakan pada 16 November, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 2 November dan pengundian awal bakal berlangsun­g pada 12 November.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata aspek pemilihan calon akan diputuskan Barisan Nasional (BN) menerusi mesyuarat khas, namun pucuk pimpinan parti mempunyai beberapa persoalan berhubung ‘nasib’ PRK Tanjung Piai.

“Kita akur dengan keputusan SPR bahawa calon berumur 18 tahun boleh bertanding kerana perkara itu tertakluk kepada Perlembaga­an Persekutua­n yang sudah dipinda, tetapi persoalan kini terarah kepada aspek pengundian.

“Oleh kerana tiada pindaan terhadap perundanga­n berkaitan pilihan raya, UMNO berpendapa­t pengundi berumur 18 tahun belum mempunyai hak mengundi pada PRK Tanjung Piai, sekali gus menimbulka­n kepincanga­n,” katanya.

Sementara itu, penganalis­is politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, berkata parti politik tidak wajar terburu-buru meletak calon berusia 18 tahun, walaupun golongan itu dibenarkan menjadi calon hasil pindaan Perlembaga­an Persekutua­n, Julai lalu.

Walaupun belia 18 tahun mempunyai hak menjadi calon, beliau berkata, semua parti politik harus memikirkan kemampuan dan kesediaan mereka menggalas tanggungja­wab sebagai pemimpin yang berkesan.

“Saya percaya rakyat Malaysia terutama pengundi bukan sekadar mahu pemimpin muda yang

Ada beberapa nama disebut, tetapi kita tidak ambil kira mengikut pertimbang­an sedemikian.

Marzuki Yahya, Setiausaha Agung BERSATU

bersemanga­t dan berkobar-kobar, tetapi mempunyai pengalaman dan sekurang-kurangnya memiliki ijazah.

“Selain itu, untuk memikat hati pengundi muda, parti politik tidak semestinya meletakkan calon muda.

“Calon dewasa juga boleh diletakkan asalkan mampu membawa aspirasi anak muda dan semestinya berjiwa muda.

“Biarlah mereka diberi peluang untuk mengundi terlebih dahulu dan mendapat pengalaman pilihan raya.

“Kemudian boleh difikirkan sebagai calon. Orang muda ini masih ada banyak masa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia