Berita Harian

UMNO sedia ubah tarikh perhimpuna­n agung

-

Kuala Lumpur: UMNO sedia mengubah tarikh perhimpuna­n agungnya bagi membolehka­n parti itu dan Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tarikh perhimpuna­n agung UMNO tidak bersifat statik dan boleh diubah mengikut keperluan semasa.

“Kita boleh ubah tarikh perhimpuna­n sebab tarikhnya bertembung dengan PRK Parlimen Tanjung Piai, namun ia terpulang kepada keputusan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) kerana mereka yang menetapkan tarikh sebelum ini.

“MKT akan bermesyuar­at Khamis ini, mungkin bincang untuk ubah tarikh menghadapi PRK. Bukan satu kesalahan kalau UMNO tukar tarikh perhimpuna­n,” katanya kepada BH, semalam.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRK Parlimen Tanjung Piai pada 2 November ini dan hari pengundian awal pada 12 November, manakala pengundian biasa pada 16 November.

Perhimpuna­n Agung UMNO 2019 pula dijadual berlangsun­g mulai 13 hingga 16 November di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ismail Sabri yakin tarikh mengundi ditetapkan SPR bukan bertujuan mensabotaj Perhimpuna­n Agung UMNO.

“SPR sebagai badan pengurus pilihan raya tidak mensabotaj UMNO. Mereka kena buat PRK dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan kerusi.

“Kita akur dengan keputusan SPR dan akan membuat persiapan yang sepatutnya untuk menghadapi PRK,” katanya.

Bukan satu kesalahan kalau UMNO tukar tarikh perhimpuna­n.

Ismail Sabri Yaakob, Naib Presiden UMNO

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia