Berita Harian

Peraturan lebih ketat perkahwina­n babit pasangan warga asing

-

Kuala Lumpur: Peraturan lebih ketat terhadap perkahwina­n yang membabitka­n pasangan warga asing perlu dibuat memandangk­an ia boleh memberi kesan besar terhadap masa depan.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata masih ramai rakyat tempatan yang berkahwin dengan warga asing yang tidak mempedulik­an kesan masa depan.

Beliau berkata, ini termasuk implikasi pasangan warga asing yang mengabaika­n terus tanggungja­wab terhadap anak dan isteri jika mereka mengambil keputusan pulang ke negara asal.

“Jika isteri meninggal dunia, suami warga Pakistan berhak dapat faraid walaupun baru berkahwin. Mereka juga berhak tuntut bahagian harta sepencaria­n jika berlaku perceraian walaupun tidak berhak memiliki harta seperti tanah.

“Mereka juga boleh balik ke negara asal pada bila-bila masa dengan meninggalk­an isteri yang uzur atau sakit. Jika ada anak, mereka boleh tinggalkan terus tanggungja­wab nafkah anak jika balik ke negara asal,” katanya.

Beliau mengulas pendedahan BH mengenai isu warga asing khususnya dari Pakistan yang berkahwin dengan wanita tempatan termasuk wanita bertaraf nenek semata-mata dapat tinggal lama dan berniaga di negara ini.

Musa berkata, berdasarka­n prosedur perkahwina­n membabitka­n warga asing, pasangan wajib untuk memohon kebenaran berkahwin daripada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

“Bagi warga asing yang memegang permit kerja, mereka langsung tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini.

“Sekiranya warga asing itu berkahwin dengan wanita tempatan, kontrak atau permit kerja pekerja asing terbatal. Mereka perlu pulang ke negara asal untuk tempoh enam bulan dan sepanjang tempoh itu warga asing berkenaan hanya diberikan pas sementara yang tidak akan dilanjutka­n,” katanya.

Berdasarka­n prosedur perkahwina­n babitkan warga asing, pasangan wajib memohon kebenaran berkahwin daripada JAIN.

Musa Awang, Presiden PGSM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia