Berita Harian

JHEV rayu syarikat korporat beri sumbangan

-

Kuala Lumpur: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memohon lebih banyak syarikat korporat untuk tampil memberikan sumbangan sempena Kempen Tabung Pahlawan 2019.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Dzulkarnai­n Ahmad, berkata sebelum ini kebanyakan syarikat korporat yang menyumbang adalah syarikat yang berurusan dengan Kementeria­n Pertahanan.

Justeru, pihaknya meminta supaya lebih banyak syarikat korporat yang tidak berurusan secara langsung dengan Kementeria­n Pertahanan, tampil menyumbang.

“Tahun ini kita lebih memberi tumpuan kepada syarikat korporat yang tidak berurusan dengan kementeria­n kerana Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berpendapa­t sudah sampai masa syarikat korporat lain tampil memberikan sumbangan.

“Keamanan negara bukan hanya dikecapi beberapa pihak, ia dikecapi oleh semua maka sampai masa kita mohon kepada peniaga, syarikat korporat bahkan individu untuk bekerjasam­a sebab tabung ini untuk membantu veteran yang dikenali juga sebagai pahlawan negara, bukan untuk hidup mewah tetapi selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sekalung Budi Media Pertahanan, di sini, semalam.

Terdahulu, Mohamad mengadakan pertemuan dengan pihak media diikuti jamuan makan tengah hari.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid.

Mengulas lanjut, Dzulkarnai­n berkata, satu lagi program dalam Kempen Tabung Pahlawan adalah kutipan jalanan yang akan dilakukan sendiri oleh veteran ATM.

“Kutipan jalanan ini sebenarnya bukanlah untuk kutipan dana, kita kumpul dana dari sumbangan, objektif kutipan jalanan adalah untuk mendekatka­n veteran ATM dengan masyarakat.

“Mereka (veteran ATM) sendiri akan bawa tabung dan berjumpa pelbagai lapisan masyarakat, ketika itu mereka ini boleh bertanya kepada veteran pengalaman mereka, kita mahu semai patriotism­e dalam kalangan masyarakat.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan menyumbang kepada Tabung Pahlawan, orang ramai boleh melayari Portal Kempen Tabung Pahlawan di http://tabungpahl­awan.jhev.gov.my

 ??  ?? Dzulkarnai­n Ahmad
Dzulkarnai­n Ahmad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia