Berita Harian

Tiada kes demam kuning

Malaysia ada risiko transmisi jangkitan disebabkan nyamuk aedes

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tiada kes demam kuning dilaporkan setakat ini, namun Malaysia mempunyai risiko transmisi jangkitan penyakit itu disebabkan terdapatny­a nyamuk aedes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata virus demam kuning boleh dibawa masuk ke negara ini melalui pelawat yang tiba dari negara berisiko, terutama individu tertentu yang tidak mengambil sebarang vaksin dan pernah dijangkiti penyakit itu.

“Kementeria­n terus memperting­kat langkah mencegah kemasukan penyakit ini ke dalam negara selaras keperluan Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabang­sa (IHR) 2005 dan Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit Kementeria­n Kesihatan 1988,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau menasihatk­an rakyat yang ingin melawat negara berisiko mengalami transmisi demam kuning supaya mendapatka­n suntikan vaksin selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh berlepas ke negara berkenaan.

“(Mereka perlu) membawa bersama sijil imunisasi yang sah semasa perjalanan ke luar negara. Vaksin Demam Kuning boleh diperoleh di Pusat Vaksinasi Demam Kuning yang diiktiraf oleh kementeria­n,” katanya.

Kata beliau, pihaknya ambil maklum isu wabak Demam Kuning melanda Nigeria sejak 1 Ogos lalu menerusi maklumat diperoleh dari Nigeria CDC Situation Report selain daripada laman sesawang Xinhuanet.com yang melaporkan 16 kematian disebabkan demam kuning di Bauchi, Utara Nigeria minggu lalu.

Dr Noor Hisham berkata, tiada rawatan khusus untuk penyakit terbabit pada masa sekarang, namun pengambila­n vaksin demam kuning boleh mencegah jangkitan.

Beliau berkata, kementeria­nnya mengambil beberapa langkah kawalan, antaranya bekerjasam­a dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi membuat saringan sijil vaksinasi demam kuning di pintu masuk negara.

“Kita juga bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan untuk memastikan keperluan vaksinasi dalam kalangan pelajar asing, memperting­kat kapasiti dan keupayaan di beberapa makmal, memperkuku­h survelan, kawalan dan pencegahan nyamuk aedes.

“Selain itu, kewaspadaa­n dalam kalangan anggota kesihatan dan kerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Kementeria­n Luar serta Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya turut dipertingk­atkan,” katanya.

Kementeria­n Kesihatan turut memantau acara membabitka­n peserta antarabang­sa melalui kerjasama dengan penganjur, memeriksa yang memohon untuk menjadi Pusat Vaksinasi Demam Kuning.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia