Berita Harian

Program Polygreen Politeknik diperkasa

-

Jasin: Program Blueprint Polygreen Politeknik Malaysia yang dilancarka­n sejak 1 April 2015, akan diperkasak­an lagi menerusi penambahan beberapa elemen utama serta garis panduan pembanguna­n mapan bagi semua Politeknik serta Kolej Komuniti (KK).

Program baharu dikenali Blueprint Smart Green Polycc itu, dibangunka­n Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), menggabung­kan kerjasama strategik melaksanak­an amalan hijau terancang selaras dengan keperluan pengurusan dan operasi ditetapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohammad Naim Yaakub, berkata blueprint berkenaan dibuat berdasarka­n empat rasional dan keperluan termasukla­h untuk menjadi rujukan kepada semua politeknik dan KK di bawah Kementeria­n Pendidikan dalam hala tuju pengurusan mampan.

Beliau berkata, ia juga dibuat bagi memastikan aspek pembanguna­n mampan sejajar dengan pengurusan strategik politeknik dan KK selain memantap dan menambah baik hala tuju ke arah mencapai pengiktira­fan politeknik dan KK yang mampan.

“Keperluan lain termasukla­h meningkatk­an keupayaan bagi inovasi dalam pembanguna­n mampan dan meningkatk­an daya saing dalam teknologi hijau di persada antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri pelancaran Smart Green Polycc peringkat kebangsaan dan Festival Agro Makanan dan Bioteknolo­gi 2019 (SGFAMB2019), yang disempurna­kan Ketua Menteri, Adly Zahari di Politeknik Merlimau, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohammad Naim berkata, pemantauan pencapaian daripada pelan tindakan itu akan dilaksanak­an setiap enam bulan bagi memastikan keberkesan­an tindakan yang diambil.

Katanya, pelan terbabit juga akan menjadi dokumen rujukan tunggal kepada semua aktiviti dan program mampan di setiap Politeknik serta KK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia