Berita Harian

Guru ‘dipaksa’ jadi warden SBP

Kerajaan disaran wujudkan jawatan sepenuh masa elak pendidik terbeban

-

Kuala Lumpur: Masih terdapat guru ‘dipaksa rela’ menjadi warden sekolah berasrama penuh (SBP) oleh pengetua, hingga membebanka­n tugas hakiki untuk mengajar.

Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang, berkata tindakan itu akan menambah skop kerja dan juga menjadikan tanggungja­wab seorang pendidik itu tidak berkesan.

“Saya percaya tiada guru yang sukarela untuk menjadi warden. Mereka ini ‘dipaksa’ untuk menjadi warden.

“Hanya sesetengah sekolah membuat sistem penggilira­n, memandangk­an ramai guru menolak untuk menjadi warden.

“Maksudnya jika tahun ini guru ini, tahun berikutnya diganti dengan guru lain.

“Berdasarka­n situasi ini, saya sarankan kepada kerajaan sekali lagi agar diwujudkan warden bukan dalam kalangan guru.

“Kita pernah mencadangk­an agar diwujudkan warden sepenuh masa, tetapi cadangan itu ditolak oleh Kementeria­n Pendidikan,” katanya, di sini, semalam.

Aminuddin berkata, warden memainkan peranan penting di SBP, kerana guru yang diamanahka­n sebagai warden mempunyai dua tugas yang perlu dilakukan sepanjang hari sehingga waktu malam dan tetap bertugas pada hari minggu.

Beliau berkata, ini jelas menunjukka­n warden sangat terbeban dan risiko yang ditanggung itu membuktika­n bidang tugas mereka lebih mencabar, ditambah dengan tanggungja­wab hakiki di sekolah menyebabka­n mereka tidak mampu menumpukan perhatian kepada tugas sebagai warden.

“Dalam hal ini, bagi memastikan mereka dapat menjalanka­n tugas dengan lebih berkesan, kita amat mengharapk­an agar kajian dibuat secara khusus oleh Kementeria­n Pendidikan bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim, berkata masalah buli masih berleluasa di sekolah, terutamany­a di SBP.

Katanya, pentadbir sekolah masih tidak dapat mengawalny­a dengan baik dan pihak SBP disarankan mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) masing-masing, agar isu buli dalam kalangan pelajar dapat dibendung.

“Kes buli perlu diambil serius. Ia bukan perkara remeh kerana perkara itu boleh memalukan pihak sekolah. Perkara ini tidak patut diambil mudah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan keputusan penghakima­n oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, yang memutuskan tuntutan RM616,634.20 kepada seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) yang menjadi mangsa buli, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz memerintah­kan lima pembuli yang juga bekas pelajar sekolah itu selaku defendan pertama hingga lima yang kini berusia 21 tahun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sulaiman Ngarif (defendan keenam); bekas Pengetua SESMA, Meriam Jusoh (defendan ketujuh); Ketua Pengarah Kementeria­n Pendidikan (defendan kelapan) dan Kerajaan Malaysia (defendan kesembilan) membayar tuntutan itu.

BERNAMA

Hanya sesetengah sekolah membuat sistem penggilira­n, memandangk­an ramai guru menolak untuk menjadi warden.

Aminuddin Awang, Presiden NUTP

Kes buli perlu diambil serius. Ia bukan perkara remeh kerana boleh memalukan sekolah. Perkara ini tidak patut diambil mudah.

Noor Azimah Abdul Rahim, Pengerusi PAGE

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia