Berita Harian

Syor lantik Anwar jadi menteri kanan

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim dicadang dilantik sebagai menteri kanan dalam pentadbira­n kerajaan bagi meredakan polemik ‘peralihan kuasa’, sekali gus membolehka­n Presiden PKR itu membantu dalam agenda memulihkan negara.

EXCO Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pusat, Muzzammil Ismail, berkata pelantikan Anwar dalam barisan pentadbira­n kerajaan adalah perlu dalam mengurangk­an defisit kepercayaa­n rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH).

Mengulas lanjut beliau berkata, berdasarka­n pengalaman Anwar, beliau calon paling layak kerana pernah menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.

“Tidak perlu melantik Anwar (Ibrahim) sebagai Perdana Menteri serta-merta dan tidak perlu menambah defisit kepercayaa­n rakyat. Sebaliknya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berbesar hati melantik Anwar sebagai menteri kanan.

“Dan jika Tun Dr Mahathir boleh berlapang dada untuk memberikan jawatan Menteri Kanan kepadanya, maka Anwar boleh memberi timbal balik positif dengan menggugurk­an janji untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

“Semua pihak perlu lebih matang dan meletakkan agenda pemulihan kerajaan sebagai perkara besar, ” katanya melalui kenyataan, di sini.

Sebelum ini, isu peralihan kuasa bagi jawatan Perdana Menteri menjadi polemik dalam politik tanah air apabila terdapat beberapa pihak khususnya dalam PKR yang mendesak supaya Dr Mahathir menyegerak­an atau memberikan tarikh sebenar pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan.

Namun, Dr Mahathir pada sesi dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York, baru-baru ini membuat kenyataan akan melepaskan jawatan Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pada masa sama, Muzzammil berkata, status peralihan kuasa pentadbira­n negara seperti yang disebut-sebut pihak tertentu ini semakin penuh dengan toksik dan liabiliti kepada pengukuhan politik PH.

Beliau berkata, pemimpin dalam PH tentunya tidak mahu memberi tanggapan kepada rakyat bahawa mereka lebih fokus untuk berebut kuasa berbanding menonjolka­n prestasi terbaik.

“Anwar berjiwa besar dan kita percaya beliau sudah pasti tidak mahu melihat polemik di mana rakyat menganggap pemimpin kerajaan sedang bergaduh berebut kuasa berbanding menonjolka­n prestasi terbaik, ” katanya.

 ??  ?? Muzzammil Ismail
Muzzammil Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia