Berita Harian

MIER saran perkenal semula GST dalam Belanjawan 2020

Langkah tutup jurang kewangan kerajaan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) berharap kerajaan memperkena­lkan semula Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dalam Belanjawan 2020 untuk menutup jurang kewangan kerajaan.

Pengerusin­ya, Tan Sri Dr Kamal Salih, berkata cukai kepengguna­an itu adalah sistem percukaian yang adil dan cekap, berbanding sistem Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Beliau berkata, kadar yang bersesuaia­n jika kerajaan melaksanak­an semula sistem percukaian itu adalah tiga peratus.

Katanya, pengenalan semula GST pada kadar yang lebih rendah bersama pemberian subsidi akan membantu mengurangk­an kos sara hidup, terutama golongan berpendapa­tan rendah di negara ini.

“GST adalah sistem yang adil dan SST tidak berupaya memenuhi keperluan yang disumbangk­an GST,” katanya ketika ditemui selepas majlis memeterai memorandum persefaham­an (MOU) bersama tujuh syarikat di bawah ‘MIER’S Crouching Tiger Research Plan’ di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai harapan Belanjawan 2020 yang akan dibentangk­an kerajaan pada 11 Oktober ini.

Mengenai tinjauan ekonomi negara, MIER mengunjurk­an ekonomi Malaysia akan berkembang 4.7 peratus tahun ini dan 4.9 peratus tahun depan.

Mengulas mengenai MOU yang dimeterai di bawah MIER’S Crouching Tiger Research Plan, Kamal berkata, tujuh MOU itu membabitka­n projek berteknolo­gi tinggi yang akan mentransfo­rmasikan ekonomi Malaysia.

Beliau berkata, tujuh MOU itu membabitka­n projek dengan potensi pelaburan AS$42 bilion (RM176 bilion).

Katanya, menerusi MOU itu, MIER akan bertindak sebagai perunding dengan menyediaka­n kajian daya maju dan perancanga­n perniagaan serta berurusan dengan pihak berkuasa berkaitan untuk cadangan pelaksanaa­n projek berteknolo­gi tinggi itu. Antara projek yang dicadangka­n adalah bas elektrik, teknologi hijau dan tenaga hijau.

GST adalah sistem adil dan SST tidak berupaya memenuhi keperluan yang disumbangk­an GST.

Kamal Salih, Pengerusi MIER

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia