Berita Harian

Penilaian tinggi jejas pasaran ekuiti persendiri­an

Trend tawaran lebihi harga dijangka berterusan

- Oleh Nora Mahpar noramahpar@bh.com.my

Pasaran ekuiti persendiri­an dijangka kekal perlahan tahun depan, berikutan terlalu banyak penilaian dibuat oleh syarikat pada awal tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas), Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir, berkata peserta industri mengambil sikap berhati-hati tahun ini berikutan banyak tawaran yang disifatkan terlalu mahal.

“Trend tawaran melebihi harga dijangka berterusan pada tahun depan, justeru, semua peserta mengambil sikap sangat berhati-hati.

“Ketika ini, banyak syarikat menjangkak­an penilaian yang tinggi, namun Ekuinas akan kekal berdisipli­n dan terus fokus dalam membayar nilai sebenar syarikat berkenaan,” katanya pada sidang media sempena Forum Ekuiti Persendiri­an Malaysia 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Acara sehari anjuran Ekuinas itu memfokuska­n kepada mempromosi­kan ekuiti persendiri­an sebagai aset strategik pelaburan yang menarik.

Ia menghimpun­kan lebih 400 peserta membabitka­n profesiona­l, pelabur kanan dan pembuat dasar.

Setakat 30 September 2019, jumlah dana di bawah pengurusan Ekuinas adalah sebanyak RM4.1 bilion.

Sejak penubuhann­ya pada 2009, Ekuinas sudah melabur di dalam 23 syarikat.

Ditanya sama ada syarikat pengurusan dana ekuiti persendiri­an berkaitan kerajaan itu berada dalam landasan untuk mencapai sasaran kadar pulangan dalaman minimum tahunan (IRR) sebanyak 12 peratus, Syed Yasir Arafat berkata, ia bergantung kepada prestasi pasaran semasa.

“Ini bergantung (pasaran semasa) kerana ia adalah sasaran jangka panjang. Dari perspektif Ekuinas, kami lakukan apa yang terbaik. Jelas sekali, terdapat beberapa ketidakten­tuan dalam persekitar­an perniagaan am di negara ini.

“Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan saya tidak akan menyatakan bahawa Ekuinas tidak akan mencapai 12 peratus IRR kerana prestasi kewangan kami akan dikeluarka­n pada April tahun depan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Ekuinas sedang berusaha untuk melupuskan tiga asetnya menjelang akhir tahun ini.

Bagaimanap­un, beliau enggan mendedahka­n butiran lanjut mengenai pelupusan itu.

 ??  ?? Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir
Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia