Berita Harian

Persekitar­an sektor pembuatan kekal mencabar

-

Persekitar­an perniagaan bagi sektor pembuatan di Malaysia kekal mencabar pada September walaupun Indeks Pengurus Pembelian (PMI) berada pada paras tertinggi dalam tempoh empat bulan sebanyak 47.9 bulan lalu berbanding 47.4 yang dicatatkan pada Ogos.

Pada tahap semasa, PMI mencatat pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar tahunan antara 4.5 peratus dan lima peratus secara perbanding­an, kata IHS Markit Ltd dalam kenyataann­ya, semalam.

“Indeks output kajian itu meningkat pada September, namun hampir pada tahap yang dicapai pada suku ketiga, yang menunjukka­n aliran pengeluara­n yang stabil.

“Analisis perbanding­an data rasmi sektor pembuatan di Malaysia menunjukka­n indeks output kajian adalah konsisten pada tahap semasa dengan pertumbuha­n pengeluara­n tahunan melebihi empat peratus,” katanya.

Penyedia maklumat global itu berkata, ahli panel menyifatka­n pembanguna­n produk baharu dan permintaan pelanggan yang berdaya tahan adalah faktor utama yang mendorong jumlah pengeluara­n dan barangan baharu dihasilkan disimpan sebagai stok dalam kes tertentu, berikutan syarikat terlebih dahulu bersedia demi permintaan pelanggan terhadap produk ini.

Sementara itu, situasi permintaan menunjukka­n beberapa isyarat kestabilan pada September.

Data kajian itu turut memaklumka­n persekitar­an yang semakin mencabar baru-baru ini, namun, peningkata­n jualan bagi pelanggan sedia ada dilapor menyumbang kepada kenaikan indeks pesanan baharu.

Bagaimanap­un, cabaran itu kekal ketara berikutan pelanggan memberikan diskaun harga di tengah-tengah tekanan persaingan yang kukuh.

Permintaan luaran juga kekal lemah dengan pesanan daripada pasaran eksport utama menyusut. BERNAMA

Analisis perbanding­an data rasmi sektor pembuatan di Malaysia menunjukka­n indeks output kajian adalah konsisten pada tahap semasa dengan pertumbuha­n pengeluara­n tahunan melebihi empat peratus.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia