Berita Harian

CIMB sedia pembiayaan beli, pasang kelengkapa­n teknologi RE

-

CIMB Group Holdings Bhd melancarka­n kemudahan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), untuk membeli dan memasang kelengkapa­n berkaitan teknologi tenaga boleh diperbahar­ui (RE).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata kemudahan tanpa had saiz itu ialah sebahagian daripada terbitan Bon Matlamat Pembanguna­n Mampan Formosa & Reg S (Bon SDG) bernilai AS$680 juta (RM2.85 bilion) bank itu, baru-baru ini.

Bon itu diterbitka­n untuk membiayai projek berkaitan matlamat pembanguna­n mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Kami melancarka­nnya hari ini (semalam) sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menggalakk­an syarikat mengambil berat berhubung agenda kemampanan, selain menjadikan­nya lebih bersifat komersial untuk mereka.

“Ia kemudahan 100 peratus dan kami akan melihat (permohonan) berasaskan kes selagi ia memenuhi keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian di luar Sidang Kemuncak CIMB: Kemampanan Bumi Yang Lebih Dingin di Kuala Lumpur, semalam.

Kemudahan pembiayaan itu turut dilancarka­n bersempena program berkenaan.

Sementara itu, dalam kenyataann­ya CIMB Bank berkata, ia memperuntu­kkan RM100 juta bagi program Pembiayaan Tenaga Boleh Diperbahar­ui.

Antara inisiatif pertama di bawah program itu adalah menyediaka­n PKS pembiayaan 100 peratus, untuk meliputi kos sistem solar fotovolta (PV) dan pemasangan­nya.

Inisiatif pembiayaan menawarkan pakej serendah RM20,000 sehingga RM1 juta, bagi menyokong skim Meter Tenaga Bersih (NEM) kerajaan.

BERNAMA

 ??  ?? Zafrul Aziz
Zafrul Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia