Berita Harian

Ascott rakan strategik baharu KL Metropolis

-

Naza TTDI Sdn Bhd (Naza TTDI) memeterai perkongsia­n strategik dengan The Ascott Ltd (Ascott), bagi mengukuhka­n lagi KL Metropolis sebagai kawasan kejiranan Kuala Lumpur paling berprestij.

Ascott, anak syarikat Capitaland yang berpangkal­an di Singapura, adalah pengendali dan pemilik kediaman servis terkemuka pada peringkat global.

Hasil kerjasama itu adalah Somerset KL Metropolis yang bakal menjadi kediaman berjenama pertama di KL Metropolis, yang mana kediaman servis itu akan diuruskan pasukan Ascott apabila ia siap sepenuhnya pada 2022.

“Kami percaya perkongsia­n ini akan menambah nilai kepada pihak berkepenti­ngan bagi kedua-dua syarikat tempatan dan antarabang­sa.

“Kami memilih untuk bekerja dengan Ascott kerana kekukuhan jenama dan perkhidmat­annya pada peringkat global,” kata Timbalan Pengerusi Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI, SM Faliq SM Nasimuddin pada majlis pemeteraia­n kerjasama strategik itu di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama, Pengurus Besar Serantau, Malaysia, Singapura dan Indonesia, Ascott Internatio­nal Management, Ervin Yeo dan Pengarah Kanan Projek Naza TTDI, Khoo Thian Shyang.

Somerset KL Metropolis, pangsapuri perkhidmat­an premium yang menawarkan 262 unit kediaman, adalah sebahagian daripada pembanguna­n bersepadu di bahagian MET 1 di KL Metropolis.

Dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM333 juta, Somerset KL Metropolis menyediaka­n tiga jenis reka bentuk suite yang menawarkan kawasan binaan 549 kaki persegi, 847 kaki persegi, dan 968 kaki persegi.

SM Faliq berkata, KL Metropolis yang terletak di lokasi elit lagi strategik berhampira­n Jalan Tunku Abdul Halim, dijangka memainkan peranan penting sebagai pertumbuha­n utama sektor pelanconga­n perniagaan, terutama di Lembah Klang.

Beliau berkata, pelan induk KL Metropolis direka dengan memberi penekanan kepada aset terbesarny­a, iaitu landskap hijau yang mewah dengan kafe, laluan basikal, landskap imaginatif dan tarikan kebudayaan.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata Naza TTDI sudah mengenal pasti beberapa rakan strategik baharu dari dalam dan luar negara, bagi memantap dan mempelbaga­ikan lagi penawaran di KL Metropolis.

Bertujuan menjadi destinasi mesyuarat, insentif, persidanga­n dan pameran (MICE) paling komprehens­if, KL Metropolis adalah pembanguna­n bercampur seluas 30.6 hektar dengan GDV RM20 bilion.

 ?? (Foto Rosdan Wahid/bh) ?? SM Faliq dan Yeo pada majlis pemeteraia­n kerjasama strategik antara Naza TTDI dengan Ascott di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Rosdan Wahid/bh) SM Faliq dan Yeo pada majlis pemeteraia­n kerjasama strategik antara Naza TTDI dengan Ascott di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia