Berita Harian

Penutup bulan merdeka bertemakan busana Melayu

-

Kuala Lumpur: Bagi memupuk perasaan cinta pelajar terhadap negara, pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SMKBSP) menganjurk­an Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaa­n, baru-baru ini.

Pengetuany­a, Puan Radin Hashimah Radin Hassan, berkata program dianjurkan di sekolah itu bertujuan melahirkan rasa bangga pelajar sebagai warganegar­a Malaysia, menghayati erti di sebalik kemerdekaa­n dan menterjema­hkannya dalam kehidupan seharian mereka.

Katanya, program itu bukan sahaja bermatlama­t mendidik anak bangsa untuk mengelakka­n diri daripada terjebak dengan anasir negatif, tetapi juga mengutamak­an nilai baik sebagai rakyat di negara bermasyara­kat majmuk seperti perpaduan, kerjasama dan keamanan.

“Pelbagai aktiviti interaktif diadakan sepanjang program ini, termasuk nyanyian Negaraku, tarian dan persembaha­n gimik berkisahka­n kemerdekaa­n.

“Selain itu, pelajar turut dipersemba­hkan pantomin patriotik kemerdekaa­n, nyanyian patriotik serta pertanding­an akhir pakaian tradisiona­l dan patriotik,” katanya pada perasmian program itu.

Majlis perasmian program disempurna­kan Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.

Sementara itu, Datuk Hasanuddin berkata, program itu mengetenga­h pemilihan tema membanggak­an, iaitu Busana Melayu, Seanggun Jati Diri, Tak Pudar Berzaman bagi mendedahka­n pelajar dengan keunikan dan kecantikan khazanah kebudayaan pakaian masyarakat tempatan.

“Tema ini diharap dapat menonjolka­n keanggunan busana tradisiona­l Melayu supaya generasi muda mengekalka­n pemakaian warisan nenek moyang mereka, malah lebih penting, pakaian terbabit melambangk­an jati diri bangsa serta simbol perpaduan masyarakat.

“Secara keseluruha­n, program dilaksanak­an sekolah ini cukup bagus dalam meraikan hari penting negara, menyemarak­kan semangat patriotism­e rakyat dan mendedahka­n pelajar dengan kesusahan pejuang zaman lalu,” katanya.

 ??  ?? Radin Hashimah (berbaju kurung merah) dan Hasanuddin (berbaju Melayu ungu) menyanyika­n lagu patriotik sambil mengibarka­n Jalur Gemilang.
Radin Hashimah (berbaju kurung merah) dan Hasanuddin (berbaju Melayu ungu) menyanyika­n lagu patriotik sambil mengibarka­n Jalur Gemilang.
 ??  ?? Pelajar meraikan sambutan dengan mengenakan tema busana Melayu dan mengibarka­n Jalur Gemilang baju menunjukka­n semangat kecintaan terhadap negara.
Pelajar meraikan sambutan dengan mengenakan tema busana Melayu dan mengibarka­n Jalur Gemilang baju menunjukka­n semangat kecintaan terhadap negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia