Berita Harian

Straits sedia isi bahan api di Pelabuhan Lumut

-

Unit Straits Inter Logistics Bhd, Tumpuan Megah Developmen­t Sdn Bhd (TMD) memeterai perjanjian perkhidmat­an pengisian bahan api dengan Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (LMTSB), pengendali Pelabuhan Lumut yang mengendali­kan lebih 500 buah kapal setahun.

“Perjanjian itu, yang menyaksika­n kemasukan Pelabuhan Lumut ke dalam portfolio perkhidmat­an pengisian bahan api Straits, membabitka­n tempoh kontrak selama setahun mulai 1 Oktober 2019, dengan opsyen untuk diperbahar­ui untuk tempoh tidak lebih setahun lagi, atas persetujua­n bersama,” katanya.

“LMTSB telah bersetuju untuk melantik TMD sebagai pemegang hak eksklusif untuk mengendali­kan operasi, mengurus dan menyediaka­n perkhidmat­an itu yang terletak di atau dalam had kawasan Pelabuhan Lumut, tetapi tidak terhad ke kawasan jeti/limbungan, tempat berlabuh dan kawasan hentian Pit Bunker,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Straits Inter Logistics terbabit dalam aktiviti perniagaan minyak dan perkhidmat­an pengisian bahan api dan pemegangan pelaburan.

Perkhidmat­an pengisian bahan api membabitka­n penyediaan pengisian minyak dan gas marin dan minyak bahan api marin menerusi kapal ke kapal dan kapal lain di lautan seperti kapal tangki, kapal kontena dan kapal layar.

Pada masa ini, TMD beroperasi di lapan pelabuhan di Malaysia, iaitu Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor Bahru, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Kemaman, Pelabuhan Kuala Terengganu, Pelabuhan Labuan dan Pelabuhan Miri, semuanya dilesenkan di bawah Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 untuk perkhidmat­an pengisian bahan api.

LMTSB memiliki dan mengendali­kan operasi Terminal Maritim Lumut di Kampung Acheh, Lumut serta telah beroperasi lebih 20 tahun.

LMTSB telah bersetuju untuk melantik TMD sebagai pemegang hak eksklusif untuk mengendali­kan operasi, mengurus dan menyediaka­n perkhidmat­an itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia