Berita Harian

TNG Digital sasar kuasai pasaran e-dompet

-

TNG Digital Sdn Bhd (TNG Digital) berada dalam landasan tepat untuk menembusi 70 peratus pasaran e-dompet di negara ini menggunaka­n Touch ‘n Go ewallet menjelang tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Ignatius Ong, berkata Touch ‘n Go ewallet kini menjadi semakin penting, malah boleh digunakan untuk pelbagai transaksi.

Katanya, Touch ‘n Go ewallet bukan hanya untuk pembayaran tol, malah menawarkan pilihan gaya hidup lebih meluas untuk pembelian tiket wayang, pembelian runcit, makanan dan minuman serta hiburan.

“Kami optimis pengguna akan menikmati saluran pembayaran baharu ini dan menjangkak­an penggunaan­nya diterima baik.

“Sehingga kini, Touch ‘n Go ewallet memiliki lebih lima juta pengguna berdaftar dan lebih 80,000 rakan dagang di seluruh negara,” katanya pada majlis jalinan kerjasama antara TNG Digital dan Revenue Group Bhd (Revenue) di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Revenue, Eddie Ng Chee Siong.

Kerjasama membolehka­n pengguna Touch ‘n Go ewallet untuk membeli-belah di Taobao dan Tmall dan melakukan pembayaran menggunaka­n aplikasi e-dompet pada platform dompet revpay milik Revenue.

Ong berkata, sebagai aplikasi dalam e-dompet Touch ‘n Go, kami mahu terus menjadi penyedia kepada pasaran tanpa tunai serta memperkasa ekosistem pembayaran digital cergas dan selamat.

Beliau berkata, menerusi kerjasama itu juga pihaknya menyasarka­n peningkata­n 10 kali ganda transaksi Touch ‘n Go ewallet.

“Sejak Touch ‘n Go ewallet diperkenal­kan pada 9 September sehingga kini, kami menerima 1,000 transaksi dengan nilai RM100,000.

“Selain itu, bermula 5 hingga 15 Oktober ini, pengguna Touch ‘n Go ewallet berpeluang menikmati pulangan tunai RM10 bagi transaksi bernilai RM100,” katanya.

Sehingga kini, Touch ‘n Go ewallet memiliki lebih lima juta pengguna berdaftar dan lebih 80,000 rakan dagang di seluruh negara.

Ignatius Ong, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital

 ?? (Foto Mahzir Mat ISA/BH) ?? Ong (kanan) dan Chee Siong (dua dari kiri) pada majlis jalinan kerjasama antara TNG Digital dan Revenue di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Mahzir Mat ISA/BH) Ong (kanan) dan Chee Siong (dua dari kiri) pada majlis jalinan kerjasama antara TNG Digital dan Revenue di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia