Berita Harian

Aramco tawar PETRONAS, Sinopec jadi pelabur IPO

Sasar penyenarai­an di bursa Arab Saudi bulan depan

-

London: Saudi Aramco sudah mendekati beberapa firma minyak milik kerajaan di Asia, termasuk PETRONAS dan Sinopec Group dari China berhubung potensi menjadi pelabur utama dalam tawaran awam permulaan (IPO), kata individu yang mempunyai pengetahua­n mengenai perkara itu.

Gergasi tenaga rantau Teluk itu dan penasihatn­ya barubaru ini mengadakan rundingan dengan pelabur berpotensi, termasuk dana kekayaan berdaulat China dan China National Petroleum Corp, menurut individu yang enggan dikenali kerana maklumat itu adalah sulit.

Mereka juga berhubung dengan beberapa entiti milik negara di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait, termasukla­h dana berdaulat Abu Dhabi, Mubadala Investment Co, selain dana persaraan Kanada, kata individu itu.

“Perbincang­an masih pada peringkat awal dan Aramco masih belum menerima sebarang komitmen yang padu,” katanya.

Penasihat Aramco sedang mengatur pertemuan dengan beberapa pelabur utama berpotensi minggu ini dan minggu depan. Dana-dana terbabit boleh menolak tawaran berkenaan, kata individu itu.

Aramco berharap kepada rakan perniagaan dan kerajaan yang mesra pelaburan untuk membantu mencapai penilaian yang dimahukan sebanyak AS$2 trilion, walaupun selepas harga minyak susut lebih daripada 25 peratus sejak setahun lalu.

Ia melebarkan tawarannya bagi menarik minat yang mencukupi dalam usahanya mempercepa­tkan persiapan bagi penyenarai­an itu, dengan sasaran diapungkan di bursa Arab Saudi seawal November ini.

Petronasbe­kerjasamad­engan Aramco di kompleks penapisan dan petrokimia di Johor.

Aramco juga sudah memperdala­mkan hubunganny­a di Asia, yang juga rantau pengguna minyak terbesar dunia, dengan pelbagai urus niaga penapisan dalam usahanya mengukuhka­n penguasaan pasaran. Ia bekerjasam­a dengan Sinopec dalam beberapa projek.

Kedua-dua syarikat mempunyai usaha sama penapisan dan petrokimia di wilayah tenggara China, Fujian.

Malah, sebuah unit gergasi penapisan minyak itu, Sinopec Oilfield Service Corp memeterai kontrak AS$340 juta bersama Aramco bagi empat pelantar pada Mac lalu, yang mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai kontraktor penggerudi­an pesisir terbesar Aramco.

Firma China itu pada Julai lalu turut memeterai perjanjian bagi dua projek saluran paip di lapangan minyak Marjan milik Aramco.

BLOOMBERG

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia