Berita Harian

Kadar faedah Australia turun kali ketiga

-

Sydney: Bank pusat Australia menurunkan kos pinjaman dengan mengurangk­an kadar faedah buat kali ketiga tahun ini, di tengah-tengah kebimbanga­n mengenai pertumbuha­n ekonomi domestik.

Reserve Bank of Australia (RBA) mengumumka­n ia mengurangk­an 25 mata asas lagi kepada 0.75 peratus, keputusan yang membawa ke tahap terendah baharu dalam sejarah kadar faedah di negara itu.

Langkah yang menjadi sebahagian daripada usaha untuk memanjangk­an rekod 28 tahun tanpa kemeleseta­n, adalah bagi mendepani ekonomi tidak menentu, merangkumi kadar pekerjaan tidak stabil, pertumbuha­n gaji yang rendah dan hutang isi rumah yang tinggi.

Australia yang kaya dengan sumber berjaya mengekang krisis kewangan terburuk, namun baru-baru ini ekonominya merekodkan pertumbuha­n tahunan paling lemah dalam tempoh sedekad apabila berkembang hanya 1.4 peratus bagi tempoh enam bulan tahun ini.

Gabenor RBA, Philip Lowe, berkata keputusan menurunkan kadar faedah dibuat untuk ‘menyokong pekerjaan dan pertumbuha­n pendapatan serta meningkatk­an keyakinan bahawa inflasi kekal konsisten dengan sasaran jangka sederhana’.

“Ekonomi masih memiliki kapasiti untuk berkembang dan kadar faedah rendah akan membantu mencapainy­a,” katanya dalam satu kenyataan sempena mesyuarat dasar bulanan bank itu.

Lowe mengunjurk­an ‘tempoh lanjutan’ bagi kadar faedah rendah diperlukan untuk mencapai sasaran kadar penganggur­an dan inf lasi dengan bank berkenaan ‘bersedia untuk meneruskan pelonggara­n dasar monetari jika diperlukan’.

Australia juga terkesan dengan ketegangan perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS)

Ekonomi masih memiliki kapasiti untuk berkembang dan kadar faedah rendah akan membantu mencapainy­a.

dan China yang menjejaska­n ekonomi global, dengan bank pusat di seluruh dunia berusaha mengimbang­i risiko ekonomi menerusi langkah menurunkan kadar faedah.

Bagaimanap­un, Lowe mengenal pasti tanda pemulihan dalam pasaran perumahan Sydney dan Melbourne selepas berdepan kemerosota­n berpanjang­an.

Bursa saham Australia bergerak lebih tinggi sedikit selepas laporan itu dikeluarka­n dengan All Ordinaries melepasi 6,834 mata pada sesi dagangan tengah hari, sementara dolar Australia diniagakan 0.6728 berbanding dolar AS. AFP

Philip Lowe, Gabenor RBA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia