Berita Harian

Suasana pasaran positif

Minat belian tinggi permulaan positif suku keempat

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam pada permulaan suku keempat, disokong oleh minat belian dalam pasaran lebih luas dan menjejaki pembukaan yang kukuh dalam pasaran niaga hadapan ekuiti AS, kata penganalis­is.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.35 peratus atau 5.53 mata kepada 1,589.44 daripada 1,583.91 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks, yang dibuka tinggi 1.03 mata kepada 1,584.94, diniagakan antara 1,583.84 dan 1,589.64 sepanjang hari.

Suasana pasaran positif berikutan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 438 berbanding 297, dengan 391 kaunter tidak berubah, 831 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 1.79 bilion saham bernilai RM1.26 bilion daripada 1.85 bilion saham bernilai RM1.49 bilion kelmarin.

Ketua Penyelidik­an Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee, berharap permulaan positif pada suku keempat menjadi petunjuk baik kepada pembentang­an Belanjawan 2020 yang akan datang.

“Kami berpendapa­t pelabur menantikan belanjawan pengembang­an memandangk­an projek pembinaan yang besar mula dilaksanak­an. Ini penting berikutan ia akan meningkatk­an keyakinan pelabur,” katanya.

Yee juga berkata, tempoh lanjutan enam bulan lagi oleh FTSE Russell baru-baru ini untuk bon Malaysia kekal dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia juga positif dalam mengurangk­an ketidakten­tuan.

“Mengenai masa depan, kami berpendapa­t indeks petunjuk pasaran akan meningkat semula untuk diniagakan melebihi paras 1,600,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lapan sen kepada RM8.59 dan Tenaga menambah enam sen kepada RM13.70, manakala Public Bank merosot lapan sen kepada RM20.00 dan Pchem susut tiga sen kepada RM7.51. IHH tidak berubah pada RM5.68.

Bagi saham aktif, Bumi Armada merosot setengah sen kepada 32 sen, Eduspec turun setengah sen kepada 3.5 sen dan MNC tidak berubah pada 6.5 sen.

Indeks FBM Emas naik 32.31 mata kepada 11,236.02, Indeks FBMT 100 meningkat 29.47 mata kepada 11,067.30 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 32.31 mata kepada 11,236.02.

FBM 70, bagaimanap­un, merosot 0.08 mata kepada 13,92.99, bagaimanap­un FBM ACE naik 36.70 mata kepada 4,531.82.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan menokok 56.74 mata kepada 15,366.46 dan Indeks Perladanga­n meningkat 50.22 mata kepada 6,770.74, bagaimanap­un Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an susut 0.08 mata kepada 153.20. Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.15 bilion unit bernilai RM1.18 bilion daripada 1.13 bilion unit bernilai RM1.36 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran berkuranga­n kepada 101.19 juta bernilai RM9.8 juta daripada 324.27 juta bernilai RM69.64 juta kelmarin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 536.82 juta saham bernilai RM78.19 juta daripada 393.17 juta saham bernilai RM61.83 juta pada Isnin.

Barangan pengguna dan perkhidmat­an menyumbang 145.03 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustr­ian dan perkhidmat­an (236.12 juta), pembinaan (60.58 juta), teknologi (97.44 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (24.36 juta), hartanah (84.41 juta), perladanga­n (8.46 juta), REIT (29.74 juta), dana tertutup (46,000), tenaga (297.13 juta), penjagaan kesihatan (16.85 juta), telekomuni­kasi dan media (111.38 juta), pengangkut­an dan logistik (33.71 juta) dan utiliti (11.57 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia