Berita Harian

Pavilion Malaysia ‘terawang’ di udara

-

Kuala Lumpur: Pelan reka bentuk yang menerapkan gabungan elemen ‘terawang di udara’ dan hutan hujan Khatulisti­wa milik firma arkitek terkemuka, Hijjas Architects & Planner dipilih sebagai syarikat pereka Pavilion Malaysia sempena penganjura­n Ekspo Dubai 2020.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, ketika mengumumka­n perkara itu, berkata firma arkitek yang turut pernah membina pelbagai mercu tanda di negara ini muncul sebagai pemenang sejak proses permohonan bagi memperoleh hak reka cipta berkenaan dibuka, sekitar Mei lalu.

Katanya, keunikan pelan diketengah­kan firma terbabit, khususnya dalam menggabung­kan elemen alam semula jadi dengan reka bentuk futuristik yang menjadi cerminan tema pavilion, iaitu ‘Memacu Kelestaria­n’ ternyata berupaya mengetepik­an idea 16 syarikat pesaing lain.

“Pertama kali saya melihat pelan oleh Hijjas, soalan pertama yang bermain di minda, ialah sama ada bangunan ini mampu dibina dan akan kekal utuh sepanjang penganjura­n ekspo di Dubai?

“Tekad dan kesanggupa­n Hijjas mengetenga­hkan konsep seperti digariskan kementeria­n adalah wajar dipuji, justeru saya percaya Pavilion Malaysia berupaya menarik kehadiran orang ramai untuk menikmati pengisian yang akan kita sajikan nanti.

“Ia akan menjadi pemangkin ke arah usaha mencapai matlamat untuk menjana nilai pelaburan dan pemadanan perniagaan menjangkau RM10 bilion yang kita sasarkan sempena penganjura­n Ekspo 2020 Dubai,” katanya pada sidang media khas selepas merasmikan pelan reka bentuk Pavilion Malaysia, di ibu negara, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraisah Munirah Majilis dan Ketua Setiausaha­nya, Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahaya.

Berdasarka­n pelan reka bentuk yang dipamerkan, Pavilion Malaysia dengan luas keseluruha­n 1,700 meter persegi dan merangkumi tujuh kanopi atau aras bagi melambangk­an identiti hutan hujan Khatulisti­wa di negara ini, selain mempunyai kadar guna tenaga 30 peratus lebih rendah berupaya memuatkan 530 pengunjung setiap 30 minit.

Tender kepada syarikat pemaju bagi penganuger­ahan kontrak membina pavilion berkenaan mengikut pelan reka bentuk Hijjas akan dibuka oleh Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), bulan ini.

Bee Yin berkata, sebanyak 200 kekosongan tapak pameran disediakan kepada syarikat yang berminat untuk mengetenga­hkan produk dan hasil inovasi mereka sempena penganjura­n Ekspo Dubai 2020.

 ?? (Foto Zulfadhli Zulkifli /BH) ?? Bee Yin melihat replika Pavilion Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Zulfadhli Zulkifli /BH) Bee Yin melihat replika Pavilion Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia