Berita Harian

Banglo dua tingkat markas judi dalam talian diserbu polis

-

Kuala Lumpur: Sebuah banglo dua tingkat di Bukit Gita Bayu, Seri Kembangan, dekat sini, diserbu semalam selepas risikan polis mendapati premis itu dijadikan markas judi dalam talian antarabang­sa sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata dalam serbuan jam 10 malam oleh sepasukan anggota Cawangan Antimaksia­t, Judi dan Gangsteris­me (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang itu, 16 lelaki warga China berjaya ditahan.

Katanya, sebelum serbuan dilakukan, anggota polis yang membuat intipan mendapati sekumpulan lelaki sedang sibuk menjalanka­n urus niaga perjudian dalam talian dengan menggunaka­n telefon bimbit dan komputer dalam banglo itu.

“Menerusi serbuan itu, kita tahan 16 lelaki warga China berusia antara 19 hingga 40 tahun, dipercayai bekerja dengan sindiket perjudian yang menyewa banglo terbabit sebagai markas operasi mereka.

“Semakan mendapati hanya seorang daripadany­a mempunyai dokumen perjalanan atau pas lawatan sosial sah, selebihnya tiada dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ahmad Dzaffir berkata, polis turut merampas 16 komputer riba pelbagai jenama, 26 telefon bimbit pelbagai jenama serta dua unit modem pelayar internet.

“Soal siasat awal mendedahka­n pusat judi dalam talian ini sudah beroperasi selama satu bulan,” katanya.

Kita tahan 16 lelaki warga China berusia antara 19 hingga 40 tahun, dipercayai bekerja dengan sindiket perjudian.

Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Ketua Polis Daerah Kajang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia