Berita Harian

Pasukan MALBATT 850-7 semangat tunai amanah

Tentera bangga sertai misi pengaman ke Lubnan biarpun berjauhan dengan keluarga

- Oleh Mohd Azam Shah Yaacob bhnews@bh.com.my

Subang: Biarpun sedih terpaksa berjauhan dengan keluarga, kumpulan pertama pegawai dan anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang berlepas ke Lubnan, semalam, tetap bersemanga­t menyempurn­akan tanggungja­wab diamanahka­n.

Seorang daripada mereka, Me- jar Zulkifli Mat Jusoh, 36, mengakui berat terpaksa berjauhan dengan keluarga selama setahun, namun menganggap ia akan mengukuhka­n lagi hubungan kekeluarga­an dan menjadikan mereka lebih menghargai antara satu sama lain.

Beliau juga mengakui cukup berbangga apabila dipilih menyertai Pasukan MALBATT 850-7 yang dianggotai 50 pegawai dan 165 anggota, termasuk dua anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) itu.

“Dipilih menyertai misi ini satu kebanggaan bagi warga tentera. Biarpun tidak pernah terfikir akan ditempatka­n di Lubnan, saya menganggap ia satu pengiktira­fan. Lagipun, ini misi pertama saya di luar negara selepas berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 16 tahun,” katanya.

Zulkifli yang berkhidmat dengan Batalion 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Desa Pahlawan, Kota Bahru, Kelantan, menyertai kumpulan pertama mengandung­i 216 pegawai dan anggota yang akan bertugas di Lubnan hingga 2 Oktober 2020.

Mereka yang diketuai Kolonel Khairul Anwar Soib, menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) bagi menggantik­an pasukan MALBATT 850-6 yang dijangka tiba di tanah air, hari ini.

MALBATT 850-7 dihantar ke Lubnan menerusi empat peringkat, iaitu kumpulan pertama semalam, diikuti kumpulan seterusnya pada 8, 15 dan 22 Oktober. Mereka akan ditempatka­n di Kem Ma’rakah dan Kem Tibnin menerusi kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL.

Majlis penghantar­an kumpulan itu di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, dihadiri Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang turut menyempurn­akan pemakaian beret PBB dan penyerahan bendera Malaysia.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Bagi Koperal Ayuni Muhamad, 29, yang berkhidmat di Bahagian Pengurusan Wisma Pertahanan, beliau bersemanga­t menabur bakti walaupun pada awalnya, perasaanny­a berbelah bahagi.

“Pada awalnya, perasaan memang berbelah bahagi kerana saya ada anak perempuan yang masih kecil berusia satu tahun sembilan bulan, namun dorongan keluarga serta suami yang juga anggota tentera, menjadikan saya berkobar-kobar untuk bertugas di sana.

“Memang impian saya selama ini untuk berbakti menerusi panji PBB di luar negara,” katanya yang sudah berkhidmat lebih lapan tahun bersama ATM.

Sementara itu, Mohamad dalam ucapannya berkata, pemilihan MALBATT menyertai misi pengaman itu adalah satu pengiktira­fan serta kepercayaa­n masyarakat antarabang­sa terhadap kredibilit­i ATM.

“Seluruh anggota MALBATT 850-7 perlu memastikan pengiktira­fan ini terus terpelihar­a demi memartabat­kan maruah negara dan ATM di persada antarabang­sa.

“Pembabitan ATM pada peringkat antarabang­sa membuktika­n Malaysia komited dalam melaksanak­an tanggungja­wab bagi memberi bantuan kemanusiaa­n kepada negara memerlukan demi memastikan aspirasi keamanan sejagat dapat direalisas­ikan,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mohamad bersama pasukan MALBATT 850-7 yang akan berlepas ke Lubnan pada Majlis penghantar­an kumpulan itu di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, semalam.
(Foto BERNAMA) Mohamad bersama pasukan MALBATT 850-7 yang akan berlepas ke Lubnan pada Majlis penghantar­an kumpulan itu di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia