Berita Harian

Karyaneka di Putrajaya bantu B40

-

Putrajaya: Pembukaan pusat jualan kraf tangan pertama di pusat pentadbira­n kerajaan di sini, Karyaneka bukan sahaja dapat menambahka­n pendapatan negara, tetapi turut membantu meningkatk­an taraf hidup golongan B40 di wilayah berkenaan.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPJ), Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata sejak pembukaan pusat jualan berkenaan pada 1 April lalu, hasil jualan yang diperoleh ialah RM150,000.

Katanya, dalam tempoh lima bulan pembukaan pusat jualan berkenaan, jumlah jualan disifatkan sebagai cukup memberangs­angkan terutama untuk cawangan yang baharu dibuka.

“Pembukaan Karyaneka adalah antara usaha untuk mempromosi serta memasarkan produk kraf tempatan dari seluruh negara, termasuk hasil kraf dari komuniti di sini.

“Kebanyakan produk di pusat jualan itu dibuat sendiri komuniti Putrajaya yang mengikuti program Kraf Komuniti Ku Putrajaya.

“Antara produk kraf ialah kit perjalanan, bantal leher, mainan, baju T, bag, dompet dan selendang.

“Sebelum ini, jika pengunjung datang ke Putrajaya mereka hanya bergambar dan melawat beberapa tempat tumpuan, namun tidak ada cenderahat­i yang boleh dibawa balik sebagai bukti mereka sudah sampai di sini.

“Jadi dengan adanya Karyaneka ini, pelancong dari dalam dan luar negara kini boleh mendapatka­n cenderahat­i istimewa dari Putrajaya,” katanya selepas melancarka­n pusat jualan kraftangan, Karyaneka, di Dataran Putra, Presint 1, semalam.

Kebanyakan produk yang di pusat jualan itu dibuat sendiri komuniti Putrajaya yang mengikuti program Kraf Komuniti Ku Putrajaya Aminuddin Hassim, Presiden Perbadanan Putrajaya

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia