Berita Harian

Jangan panik video jumpa buaya di PD: MPPD

- Oleh Hassan Omar bhnews@bh.com.my

Port Dickson: Orang ramai dinasihati tidak panik dengan dakwaan kelibat buaya dilihat sekitar pantai berhampira­n PD Waterfront di sini, baru-baru ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa, berkata pihaknya bersama Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menjalanka­n pemantauan dan siasatan di kawasan itu sejak tiga hari lalu.

Setakat ini, katanya, tiada buaya ditemui di kawasan itu dan pihaknya tidak dapat memastikan sama ada klip video yang tersebar adalah buaya atau sebaliknya kerana kabur, selain diambil dari jarak jauh.

“Ia mungkin kayu terapung atau biawak bersaiz kecil.

“Kemungkina­n juga anak buaya sesat namun lazimnya ia akan kembali ke habitat asal di sungai berhampira­n seperti Sungai Lukut atau Sungai Sepang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Zamri berkata, PERHILITAN sentiasa menjalanka­n pemantauan bagi memastikan keadaan selamat.

Katanya, orang ramai perlu berwaspada dan memberi maklumat kepada PERHILITAN atau terus menghubung­i MPPD jika ternampak kemunculan buaya di mana-mana lokasi di pantai Port Dickson.

Beliau berkata, aduan boleh dibuat di Sistem Pengaduan Awam (SISPAA) di laman web MPPD atau menghubung­i talian bebas tol 24 jam PERHILITAN di 1800885151. Alor Gajah: “Alhamdulil­lah, penderitaa­n selama 26 hari penduduk yang hidup tanpa bekalan air sudah berakhir hari ini. Saya berdoa supaya kepayahan ini tidak berulang lagi,” kata Maria Zakaria, 35.

Suri rumah itu berkata, saban hari dia berdoa supaya Allah SWT segera menamatkan penderitaa­n mereka akibat ketiadaan bekalan air. Ini berikutan katanya mereka sudah tidak sanggup untuk menunggu giliran menadah airpada dari lori Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), sebelum terpaksa pula mengangkut­nya ke rumah.

Katanya, dalam keadaan serba kekurangan itu, dia terpaksa menggunaka­n air secara terhad bagi kegunaan memasak, membasuh pakaian, mandi dan seumpamany­a serta dikongsi pula bersama tiga lagi anggota keluarga lain.

Bagaimanap­un, bekalan air yang pulih mulai jam 6 pagi semalam tidak menyebabka­n Maria alpa, sebaliknya dia segera mengisi air dalam semua bekas air sama ada di dalam atau luar rumah kerana bimbang masalah sama berulang kembali.

“Saya isi semua bekas air kerana rumah saya di atas bukit dan kalau berlaku gangguan bekalan air, rumah sayalah yang paling awal mengalamin­ya kerana tekanan air yang rendah tidak boleh melepasi bukit,” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling, di sini.

Osman Baba, 63, berkata dia juga terpaksa menadah air dalam semua bekas air bagi memastikan mempunyai air yang mencukupi jika gangguan bekalan air berulang.

“Selama 26 hari saya terpaksa mandi beberapa gayung sahaja dan pinggang saya terasa sakit mengangkut air dari lori tangki di tepi jalan ke bilik air,” katanya.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahariberk­ata, masalah gangguan bekalan air di beberapa kawasan di negeri ini, terutama daerah Melaka Tengah berakhir semalam.

Bagaimanap­un bekalan air di Kampung Bukit Darat dan Pantai Rombang hanya pulih pagi ini.

Kemungkina­n juga anak buaya sesat namun lazimnya ia akan kembali ke habitat asal di sungai berhampira­n seperti Sungai Lukut atau Sungai Sepang

Mohd Zamri Mohd Esa, Yang Dipertua MPPD

 ??  ??
 ??  ?? Maria menadah air dalam tong di rumahnya di Tanjung Kling.
Maria menadah air dalam tong di rumahnya di Tanjung Kling.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia