Berita Harian

TNB sumbang rumah kepada 6 beranak

-

Seremban: Keperitan enam beranak menjadikan sebuah kontena sebagai tempat tinggal selama setahun berakhir apabila keluarga itu menerima sebuah rumah oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB), di Kampung Panchor, di sini.

Penerima, Rozlin Che Rus, 31, berkata dia sekeluarga mula menetap di kontena itu sejak September tahun lalu apabila mereka berpindah keluar dari rumah bapanya kerana keadaan yang semakin sesak.

Ibu kepada empat anak itu berkata, pendapatan suaminya yang tidak menentu menyebabka­n mereka tidak mampu untuk menyewa rumah kerana sekadar cukup untuk membeli barangan keperluan dan perbelanja­an tiga anak ke sekolah.

“Sepanjang menetap di kontena ini, kami mendapatka­n air di kawasan perumahan kira-kira 100 meter dari sini, manakala bekalan elektrik kami tumpang daripada pemilik ko- lam ikan dengan bayaran RM60 sebulan.

“Alhamdulil­lah dengan sumbangan rumah daripada TNB ini membolehka­n kami hidup dengan lebih selesa dan kami menghargai sifat prihatin orang ramai terhadap keadaan kami sekeluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Projek Baiti Jannati TNB Peringkat Negeri Sembilan di Kampung Panchor, di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Suhaimi Kassim.

Sementara itu, Ketua Perkhidmat­an Pelanggan Bahagian Peruncitan TNB Negeri Sembilan, Mahamad Farizan Mahamad, berkata projek pembinaan rumah itu adalah sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan.

“Pembinaan rumah ini dimulakan sejak Ogos lalu membabitka­n kos RM50,000 yang dilengkapi tiga bilik tidur, ruang tamu yang luas dan tandas.

“Projek ini bagi menyahut saranan kerajaan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti TNB memainkan peranan dalam membantu menyediaka­n rumah kepada golongan sasar seperti orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan golongan asnaf di luar bandar,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, TNB menerusi projek Baiti Jannati yang mula dilancarka­n sejak 2007 sudah membaiki sebanyak 536 rumah di seluruh negara membabitka­n kos berjumlah RM22.71 juta.

“Di peringkat Negeri Sembilan, kami sudah membaiki sebanyak 32 rumah dengan kos berjumlah RM1.23 juta.

“Untuk tahun ini kami mengenal pasti empat penerima dari negeri ini yang layak menerima bantuan terbabit dan tiga daripadany­a sudah dilaksanak­an,” katanya sambil menambah projek keempat dijangka siap dalam masa terdekat.

 ?? ( Foto Hasriyasya­h Sabudin /BH] ?? Suhaimi (kanan) bersama Farizan (kiri) serta Rozlin dan suaminya, Shahasriza­l Mohamed di Kampung Panchor, Ampangan, semalam .
( Foto Hasriyasya­h Sabudin /BH] Suhaimi (kanan) bersama Farizan (kiri) serta Rozlin dan suaminya, Shahasriza­l Mohamed di Kampung Panchor, Ampangan, semalam .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia