Berita Harian

Badal haji untuk Yazit

Sertai skim khairat kematian ketika hayat, YKAT tunai amanah pemuzik disegani

- Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my

Kehilangan Allahyarha­m Yazit Ahmad yang disifatkan Datuk M Nasir sebagai ‘pemuzik sempurna’ pada 26 September lalu, masih dirasai ramai.

Mencurahka­n keringat dalam dunia muzik sejak berusia 15 tahun, jasa pemain dram tersohor itu terus dikenang pelbagai pihak apatah lagi teman seperjuang­an.

Ramai sedar, biarpun melalui keadaan kesihatan dan ekonomi yang agak perit, Allahyarha­m enggan menyusahka­n orang lain. Malah, Yazit sentiasa beringat demi masa depan.

Antara inisiatif diambil arwah ketika hayatnya adalah menyertai Skim Khairat Kematian Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) dan Syarikat Bumijezz.

Melalui skim itu, antara lain, arwah bakal mendapat manfaat badal haji berdasarka­n pakej yang ditandatan­ganinya, tiga tahun lalu.

Pengerusi YKAT, Datuk Irwan Shah Abdullah atau DJ Dave memberitah­u, Allahyarha­m menjadi antara penggiat seni terawal yang menyertai program Khairat Kematian YKAT termasuk urusan badal haji.

“Ketika kami memperkena­lkan skim khairat, arwah menjadi antara artis perintis daripada 500 peserta yang menandatan­ganinya. Setiap tahun, arwah tidak culas memperbaha­rui penyertaan.

“Yayasan sudah menyerahka­n sumbangan pengurusan jenazah lengkap berjumlah RM1,500 kerana pengebumia­nnya diuruskan warisnya.

“Berdasarka­n Skim Khairat YKAT, manfaat upah haji percuma turut disediakan. Namun, jika keluarga atau waris ingin menguruska­nnya sendiri, kita akan salurkan sejumlah wang kepada mereka,” katanya.

Bekas anggota kumpulan Search itu menghembus­kan nafas terakhir, Khamis lalu, selepas dua hari ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Doktor mengesahka­n Allahyarha­m yang menghidap sakit buah pinggang dan komplikasi lain mengalami kecederaan otak berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan, selain bergantung pada sokongan mesin hayat.

Yazit berdepan penyakit buah pinggang lebih 10 tahun lalu, sebelum diserang beberapa masalah lain hingga kerap keluar masuk hospital, selain menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Awal bulan lalu, arwah dimasukkan ke hospital selama dua hari disebabkan sesak nafas, tetapi dibenarkan pulang ke » » »

Ketika kami perkenalka­n skim khairat, arwah menjadi antara artis perintis daripada 500 peserta yang menandatan­ganinya.

DJ Dave, Pengerusi YKAT

 ?? Grafikbh ??
Grafikbh
 ?? (Foto Luqman Hakim Zubir/bh) ?? Yazit ketika beraksi sekitar November tahun lalu.
(Foto Luqman Hakim Zubir/bh) Yazit ketika beraksi sekitar November tahun lalu.
 ?? (Foto Mustaffa Kamal/bh) ?? Isteri, Ramlah Ahmad menyiram air mawar di pusara Yazit di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah Taman Selasih.
(Foto Mustaffa Kamal/bh) Isteri, Ramlah Ahmad menyiram air mawar di pusara Yazit di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah Taman Selasih.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia