Berita Harian

Doktor kerap berkursus pesakit terbeban

-

Kuala Lumpur: “Pesakit ramai tetapi kalau nasib tidak baik, doktor yang sepatutnya kita jumpa, tiada pula kerana pergi seminar dan kursus menyebabka­n terpaksa menunggu lama lagi lama untuk dirujuk pada doktor lain,” kata waris yang membawa bapanya untuk rawatan susulan di klinik Pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Norhayati Abu Salim, 46, berkata penantian untuk bertemu doktor pakar biasanya memakan masa satu hingga dua jam.

“Kalau doktor yang sepatutnya ditemui tiada, pesakit terpaksa menunggu lebih lama. Doktor di sini kerap menjalani kursus atau seminar,” katanya.

Beliau yang membawa bapanya yang berusia 75 tahun, berkata sesuatu harus dilakukan bagi mengelakka­n doktor kerap meninggalk­an klinik semata-mata untuk pergi berkursus.

Ini menyebabka­n doktor lain terbeban dengan pesakit yang terlalu ramai sehingga menjejaska­n kualiti pemeriksaa­n ke atas pesakit.

“Perkara lain yang perlu diambil kira adalah kebanyakan pesakit yang datang ke klinik pakar adalah warga emas yang pergerakan mereka terhad.

“Mereka yang rata-ratanya berusia lebih 60 tahun, tidak boleh bergerak cepat apabila dipanggil ke bilik doktor, malah tidak boleh duduk atau berdiri terlalu lama kerana cepat letih selepas seharian berada di hospital,” katanya.

Tinjauan di parkir Kompleks Pakar dan Rawatan Harian HKL pula, mendapati keadaan sesak dengan kenderaan yang diletakkan secara berlapis sehingga memaksa pesakit menolak kereta untuk keluar daripada kotak parkir.

Pekerja swasta, Norhashima­h Mat Tahar, 44, yang ditemui di Zon Hijau, berkata beliau menunggu setengah jam selepas mendaftar di unit kecemasan sebelum dirujuk ke zon berkenaan selepas seminggu mengalami sakit dada.

“Saya mendaftar jam 8 pagi dan selepas sejam, masih belum dapat berjumpa doktor lagi. Walaupun bilik doktor ada enam, masa menunggu kebiasaann­ya satu jam. Waktu menunggu untuk ubat tidak lama dalam setengah jam sahaja,”katanya.

 ?? (Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) ?? Pengguna parkir terpaksa menolak kenderaan lain sebelum keretanya boleh dikeluarka­n dari ruang parkir di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian HKL akibat kesesakan.
(Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) Pengguna parkir terpaksa menolak kenderaan lain sebelum keretanya boleh dikeluarka­n dari ruang parkir di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian HKL akibat kesesakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia