Berita Harian

Isu penghuni culas bayar sewa PPR perlu ditangani lebih tegas

- Warga PPR, Cheras, Kuala Lumpur

Agak mengejutka­n apabila dilaporkan tunggakan bayaran sewa membabitka­n Projek Perumahan Awam (PPA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) kini mencecah RM58 juta.

Bukan jumlah yang kecil. Maksudnya ada yang sudah bertahun lamanya tidak menjelaska­n bayaran sewa, ibarat tinggal dan menetap secara percuma.

Itu belum lagi diambil kira bayaran penyelengg­araan untuk PPA dan PPR yang pastinya nilai tunggakann­ya juga sangat tinggi.

Kenapa ini semua boleh berlaku? Pastinya jumlah tunggakan tinggi ini baik untuk bayaran sewa atau yuran penyelengg­araan hanya mengundang beban yang cukup besar kepada kerajaan.

Tidak hairanlah banyak PPA atau PPR yang keadaannya sangat menyedihka­n. Namun apabila keadaan kediaman tidak sempurna atau rosak, pandai pula mereka ini mengadu.

Kita percaya kerajaan sendiri berbelah-bahagi untuk mengatasi isu ini. Nak dihalau penyewa yang tidak menjelaska­n bayaran sewa bimbang dianggap kejam. Nak dibiar pula, tidak adil dan akan dituduh pula tidak tegas.

Namun kita percaya pihak terbabit perlu mengambil langkah sewajarnya. Bagi yang mempunyai tunggakan tinggi, jangan teragak-agak untuk berikan notis amaran dengan tempoh tertentu. Jika masih gagal selepas tempoh amaran diberikan, rasanya tak salah kalau tindakan pengusiran diambil.

Mungkin ada yang melihat tindakan ini kejam, namun perlu juga dilihat sikap mereka yang ingkar membayar sewa itu dalam konteks tidak adil bagi penyewa lain yang menjelaska­n bayaran tepat pada masanya.

Tidak hairanlah banyak PPA atau PPR yang keadaannya sangat menyedihka­n. Namun apabila keadaan kediaman tidak sempurna atau rosak, pandai pula mereka mengadu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia