Berita Harian

Gunung Ulawun meletus, 13,000 pindah

-

Kokopo: Gunung berapi Ulawun di Papua New Guinea (PNG) meletus awal semalam, menyebabka­n lahar merah menjulang ke udara dan memaksa penduduk berpindah.

Ulawun yang terletak dalam rangkaian kepulauan terpencil Bismarck, menyebabka­n antara 7,000 hingga 13,000 penduduk berpindah apabila ia meletus Jun lalu.

Aktiviti seismik bermula pada tengah hari kelmarin sebelum ia meletus jam 4.30 pagi semalam, menurut penolong pengarah Pusat Pemantauan Gunung Berapi Rabaul, Ima Itikarai.

“Letusan berlaku secara senyap sebelum awal pagi dan hanya disedari apabila lahar merah meluap 100 meter dari kawah,” katanya.

Ketika hari semakin cerah, asap membawa debu kelabu dapat dilihat melonjak beberapa ratus meter ke udara, katanya sementara penduduk tempatan, Chris Lagisa berkata, penduduk dapat mendengar bunyi gas dan aliran lahar.

Kakitangan Pusat Pemantauan Gunung Berapi Ulamona, Herman Volele berkata, debu berterbang­an mungkin menjejaska­n Kimbe, ibu kota paling hampir dengan ibu kota wilayah Barat New Britain, sementara gempa biasa turut dirasai di sekitar gunung berapi.

Seorang pegawai Pejabat Bencana Barat New Britain berkata, ketika majoriti penduduk terjejas dengan letusan ditempatka­n di pusat pemindahan, sejumlah yang kembali untuk mengerjaka­n ladang di bawah gunung berapi terpaksa berpindah semula.

Ulawun dianggap gunung berapi paling berbahaya di dunia, berada dalam senarai 16 ‚Gunung Berapi Sedekad‘ yang menjadi sasaran penyelidik­an kerana ia memberi risiko letusan besar dan ganas. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia