Berita Harian

Jokowi sedia berunding

Pemimpin Papua mahu PBB, negara luar jadi orang tengah

-

Jakarta: Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo membuka pintu rundingan dengan kumpulan pemisah di wilayah timur bergolak di Papua, satu perubahan berbanding pendirian kerajaan terdahulu dan sesetengah menteri kabinet.

Tawaran itu, yang menarik maklum balas berhati-hati daripada pemimpin Papua, dibuat tujuh minggu selepas keganasan tercetus akibat serangan perkauman terhadap pelajar universiti oleh anggota pasukan keselamata­n.

Ketika menjawab soalan media semalam, berhubung kesediaan bersemuka dengan aktivis Papua yang menuntut pungutan suara bebas, Jokowi menjawab, “Ya, tiada masalah. Sesiapa saja, jika mereka mahu berjumpa saya akan jumpa.”

Jurucakap Jawatankua­sa Kebangsaan Papua Barat (KNPB), Victor Yeimo memberitah­u Reuters, sebarang rundingan perlu dibantu badan antarabang­sa, seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atau negara luar.

“Kami perlu berbincang mengenai pungutan suara dan punca yang menyebabka­n gesaan menuntut kemerdekaa­n,” katanya menerusi mesej. Pemimpin pemisah merujuk rantau Papua sebagai Papua Barat.

Sementara itu, sebuah portal berita Papua, memetik kenyataan seorang lagi pemimpin pemisah, Gerakan Pembebasan Bersatu untuk Papua Barat (ULMWP), Benny Wenda sebagai berkata, beliau terbuka untuk mengadakan pertemuan.

“Tapi kami hanya akan bertemu jika semua (tentera dan polis) berundur dari tanah Papua. Kerana agak mustahil untuk bertemu jika masih wujud ancaman terhadap nasib rakyat Papua,” lapor portal itu.

Kedua-dua kumpulan itu dituduh menjadi dalang bantahan yang menggegark­an Papua dalam beberapa minggu kebelakang­an ini. Selepas kenyataan Jokowi kelmarin, Menteri Keselamata­nnya, Wiranto menuduh Benny, yang berpusat di Britain, ‘cuba mencetuska­n rusuhan besar-besaran’.

Papua terletak di bahagian barat Pulau New Guinea dan sekian lama berdepan pemberonta­kan pemisah. Ia merangkumi dua wilayah paling timur Indonesia dan memiliki penduduk etnik Melanesia.

Wilayah itu juga adalah bekas tanah jajahan Belanda, secara rasminya disatukan dengan Indonesia pada 1969, selepas undian bertelingk­ah 1,025 pemimpin suku. Hasil undian dipantau dan disahkan PBB.

Dalam pada itu, menurut laporan Antara, angka maut akibat rusuhan di ibu kota Jayawijaya di Wamena, Papua mencecah 31 orang sehingga kelmarin, menurut Kementeria­n Kesihatan Indonesia.

Menteri Kesihatann­ya, Nila Moeloek berkata, daripada jumlah itu, 26 terbunuh sebelum dirawat manakala lima lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

REUTERS/AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? Polis rusuhan Indonesia berhimpun di sebuah universiti di Jayapura, pada 23 September lalu.
(Foto AFP) Polis rusuhan Indonesia berhimpun di sebuah universiti di Jayapura, pada 23 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia