Berita Harian

Sokongan rakyat AS meningkat 45 peratus

-

New York: Jumlah rakyat Amerika Syarikat (AS) yang mahu Presiden Donald Trump didakwa meningkat lapan peratus, sejak seminggu lalu, selepas beliau dituduh memberi tekanan kepada Ukraine memburukka­n seteru Demokratik utamanya, Joe Biden, menurut tinjauan pendapat Reuters/ipsos.

Tinjauan pendapat antara 26 hingga 30 September lalu mendapati, 45 peratus individu percaya Trump patut didakwa berbanding 37 peratus dalam tinjauan sama, seminggu sebelumnya. Sementara 41 peratus lagi tidak percaya Trump patut didakwa dan 15 peratus memaklumka­n mereka tidak tahu.

Dalam kalangan Demokrat, 74 peratus berpendapa­t Trump patut didakwa, meningkat lapan mata berbanding seminggu lalu, sementara 13 peratus Republikan menyokong pendakwaan atau naik tiga mata. Bagaimanap­un, peratusan itu tidak berubah di kalangan golongan berkecuali.

Keputusan tinjauan itu sama dengan beberapa tinjauan pendapat lain yang menunjukka­n orang awam semakin menyokong siasatan pemecatan Trump.

Dalam pada itu, siasatan pemecatan Dewan Perwakilan AS terhadap Trump semakin hebat, kelmarin, ketika beliau dilihat berang dengan siasatan dan laporan media mendakwany­a menggunaka­n beberapa saluran diplomatik lain untuk menyerang pesaing.

Tiga jawatankua­sa Kongres berkata, satu sepina untuk dokumen sudah dihantar kepada peguam Trump, Rudy Giuliani.

Bekas datuk bandar New York itu sebelum ini berkata, beliau meminta kerajaan Ukraine menyasar bekas Naib Presiden, Biden yang berhasrat menjadi calon Demokrat bertanding menentang Trump dalam pilihan raya 2020.

“Ia akan dipertimba­ngkan,” kata Giuliani menerusi Twitter sambil menambah sepina itu membangkit­kan beberapa isu perundanga­n termasuk keistimewa­an klien dan anak guam.

Dewan perundanga­n AS yang dikuasai Demokrat memulakan siasatan pemecatan Trump, minggu lalu, selepas pembocor maklumat mendakwa Trump cuba memanfaatk­an hampir AS$400 juta (RM1.67 bilion) bantuan sebagai balasan supaya pemimpin Ukraine menyiasat Biden, Julai lalu.

REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia