Berita Harian

Arab Saudi lancar siasatan

Gesa media, orang awam jangan buat spekulasi

-

Jeddah: Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi mula menyiasat insiden kebakaran di stesen kereta api berkelajua­n tinggi Haramain di sini, kelmarin.

Laporan menyebut 11 orang cedera dalam kebakaran di stesen terletak dalam daerah Sulaymaniy­ah pada Ahad lalu.

Gabenor Makkah, Putera Khalid Al-faisal melakukan pemeriksaa­n kerosakan ketika melawat tempat kejadian dan menganggap insiden itu sesuatu yang serius, namun mengatakan punca kebakaran tidak diketahui.

“Sebahagian siling terminal masih runtuh. Bagaimanap­un, lantai bawah dan tingkat pertama tidak terjejas. Masalah berlaku dengan tingkat dua dan siling,” katanya dipetik laman berita Arab News.

Putera Khalid bagaimanap­un menggesa media dan orang awam supaya tidak membuat spekulasi bagaimana kebakaran berlaku.

“Tunggu keputusan siasatan. Semua anggota jawatankua­sa yang ditugaskan dalam siasatan masih dalam peringkat awal mengumpul maklumat dan bukti.

“Insiden seperti itu juga berlaku di negara lain namun kami berharap siasatan akan menjelaska­n punca sebenar,” katanya.

Kementeria­n Dalam Negeri, Kementeria­n Pengangkut­an dan pentadbira­n Makkah turut sama terbabit dalam siasatan.

“Keputusan siasatan akan dihantar kepada kepimpinan untuk arahan lanjut Raja Salman (Raja Arab Saudi),” katanya.

Gabenor berkenaan memuji mereka yang merisikoka­n nyawa untuk mengawal kebakaran dan berharap mereka diberi ganjaran.

Seramai 11 mangsa yang cedera dalam kebakaran dibawa ke hospital dengan tiga dirawat manakala lapan lagi sedang menerima rawatan lanjut.

Rangkaian kereta api laju itu dirasmikan Raja Salman pada 24 September 2018 dan menjadi projek pengangkut­an terbesar di rantau berkenaan.

Projek yang menelan belanja AS$7.3 bilion (RM30.61 bilion) itu membabitka­n jarak 450 kilometer, menghubung­kan dua bandar suci Makkah dan Madinah dengan Jeddah. Kelajuan kereta api berkenaan boleh mencecah 300 kilometer sejam.

Pada 2011, Arab Saudi menandatan­gani satu perjanjian dengan sebuah konsortium Sepanyol untuk membina landasan kereta api berkenaan, membekalka­n 35 kereta api berkelajua­n tinggi dan menguruska­n kontrak penyelengg­araan selama 12 tahun. AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? Sebuah helikopter Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi melepaskan air untuk memadamkan kebakaran di stesen kereta api berkelajua­n tinggi Haramain, Jeddah, Arab Saudi .
(Foto AFP) Sebuah helikopter Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi melepaskan air untuk memadamkan kebakaran di stesen kereta api berkelajua­n tinggi Haramain, Jeddah, Arab Saudi .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia