Berita Harian

Salazar digantung 4 tahun

Jurulatih olahraga AS langgar peraturan doping

-

Los Angeles: Jurulatih olahraga terkemuka Amerika Syarikat, Alberto Salazar, yang pernah membimbing bintang Olimpik seperti Mo Farah dan Galen Rupp, dikenakan hukuman penggantun­gan empat tahun selepas didapati bersalah melanggar peraturan doping.

Keputusan penggantun­gan terhadap jurulatih berumur 61 tahun itu dibuat hasil penyiasata­n selama empat tahun oleh Agensi Anti-doping Amerika Syarikat (USADA) dan dilakukan secara rahsia.

Keputusan itu juga menyaksika­n Salazar dilarang berada di Kejohanan Dunia di Doha ketika ini.

Persekutua­n Trek dan Balapan Amerika Syarikat (USATF) dalam kenyataan semalam mengesahka­n sudah membatalka­n tauliah jurulatih berkenaan di Doha.

“USATF mengambil langkah perlu membatalka­n akreditasi Persekutua­n Olahraga Antarabang­sa (IAAF) Salazar,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, USADA juga mengesahka­n Jeffrey Brown, seorang pakar endokrinol­ogi dari Texas yang sering merawat atlet Salazar, juga dikenakan penggantun­gan empat tahun.

Ketika mengumumka­n penggantun­gan itu, USADA memuji tindakan berani atlet untuk menyatakan kebenaran.

“Atlet dalam kes ini memperoleh keberanian untuk bercakap dan mendedahka­n kebenaran,” kata ketua pegawai USADA, Travis Tygart.

“Ketika bekerjasam­a dengan Nike Oregan Project, Salazar dan Dr Brown memberitah­u kemenangan adalah lebih penting berbanding kesihatan seseorang atlet yang mana mereka berjanji untuk lindungi.”

USADA dalam kenyataan itu juga berkata panel penyiasata­n itu melakukan penggantun­gan kepada Salazar dan Brown berikutan ‘merancang dan melakukan kesalahan doping yang dilarang.’ AFP

 ??  ?? Keputusan penggantun­gan Salazar dibuat hasil penyiasata­n empat tahun oleh USADA.
Keputusan penggantun­gan Salazar dibuat hasil penyiasata­n empat tahun oleh USADA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia