Berita Harian

Warholm kekal emas 400m berpagar

-

Doha: Pelari Norway, Karsten Warholm mempertaha­nkan mahkotanya di Kejohanan Dunia dengan mempamerka­n persembaha­n bertenaga dalam acara 400 meter (m) lari berpagar sementara atlet Russia, Mariya Lasitskene melengkapk­an gelaran hatrik acara lompat tinggi di Doha, semalam.

Selepas tiga hari sejak kejohanan bermula dengan keadaan stadium yang hampir kosong, kejayaan Warholm menyaksika­n kehadiran penonton teramai setakat ini di Stadium Khalifa.

Warholm mencatatka­n 47.42 saat bagi membawa pulang pingat emas, dengan pesaingnya, Rai Benjamin dari Amerika Syarikat (AS) merangkul perak apabila merekodkan 47.66 saat. Pelari Qatar, Abderrahma­n Samba pula merangkul gangsa dengan catatan 48.03 saat.

“Ini perlumbaan yang sangat sengit,” kata Warholm. “Sebenarnya saya rasakan jantung saya akan terhenti. Saya rasakan saya akan mati tetapi semuanya berbaloi,” kata Warholm, 23.

Biarpun kehadiran penonton yang ramai, kebanyakan penonton bagaimanap­un meninggalk­an stadium sebelum Warholm membuat larian keraian kejayaanny­a di sekeliling stadium.

“Saya sudah biasa melakukann­ya bersendiri­an, jadi tak ada apa-apa masalah,” kata Warholm sambil berjenaka.

“Ia adalah berbeza sama sekali di London (pada 2017) di mana ada 60,000 penonton di sana. Saya perlu berterus terang mengenai itu. Tetapi pada masa yang sama, dengan pingat emas yang diperoleh, saya tidak kisah.”

Terdahulu, Lasitskene memenangi kejayaan ketiga berturut-turut buat dirinya di Kejohanan Dunia selepas turut memenangi emas pada 2015 dan 2017.

Atlet berumur 26 tahun itu, adalah antara 30 atlet Russia yang dibenarkan bertanding di Doha mewakili pasukan berkecuali yang dikenali ‘Authorised Neutral Athlete’, merangkul pingat emas dengan mencatatka­n ketinggian 2.04 meter bagi mengatasi atlet Ukraine, Yaroslava Mahuchikh.

Vashti Cunningham dari AST pula merangkul gangsa.

“Ia seperti kisah dongeng apabila dapat merangkul gelaran dunia ketiga,” kata Lasitskene.

“Seluruh rakyat negara saya mengharapk­an untuk saya berada di podium. Saya bagaimanap­un dapat atasi tekanan ini.”

AFP

 ?? (Foto EPA) ?? Warholm menamatkan larian dalam acara 400 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga Dunia di Doha, kelmarin.
(Foto EPA) Warholm menamatkan larian dalam acara 400 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga Dunia di Doha, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia