Berita Harian

Griezmann akui perit di Barcelona

-

Barcelona: Antoine Griezmann berkata dia sedar memang susah untuk menyesuaik­an diri di Barcelona tetapi ia terbukti lebih sukar daripada apa dijangkaka­nnya.

Barca akan menanti kunjungan Inter Milan awal pagi esok untuk bangkit dalam Liga Juarajuara selepas seri tanpa jaringan berdepan Borussia Dortmund pada permulaan yang agak perlahan dalam usaha mencari kejayaan di Eropah.

Griezmann juga mahu membuktika­n sesuatu selepas dua bulan yang bagus tetapi tidak menakjubka­n, baik pada saat tertentu berbanding tahap konsisten dimahukan Ernesto Valverde ketika membeli pemain Perancis itu dengan harga 120 juta euro (RM549 juta) musim panas lalu.

“Berdepan Bilbao dia tidak banyak terbabit seperti yang kami mahukan,” kata Valverde pada permulaan musim.

“Tapi ia juga bergantung pada pasukan untuk membenarka­n penyerang lebih banyak terbabit sama.”

Ketika Griezmann menjaringk­an dua gol dalam perlawanan seterusnya, berdepan Real Betis sebelum bermain di laman sendiri di Camp Nou, peminat berasakan dia sudah menunjukka­n kemampuan sebenar.

Namun, lima perlawanan La Liga sudah dilalui sejak itu dan dia hanya menambah satu lagi gol dan satu umpanan selain hanya persembaha­n kurang baik walaupun sebelum itu cemerlang selama sembilan musim di La Liga.

Selepas kemenangan minggu lalu mengatasi Villarreal, Griezmann ditanya mengenai permulaan hidup di Barcelona.

“Ia berbeza,” katanya. “Ia gaya bola sepak berbeza, posisi berbeza dan saya tahu ia agak sukar untuk menyesuaik­an diri.

“Tapi saya rasa sudah meningkat dalam setiap perlawanan dan itulah dia. Tiga gol, ia bukanlah buruk, saya boleh buat lebih baik tetapi saya baru tiba di sini.

“Saya bekerja untuk pasukan dan jika saya boleh menjaringk­an gol atau mengumpan untuk rakan, ia lebih baik.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia