Berita Harian

Solskjaer cemburui penyerang Arsenal

-

Manchester: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menggalakk­an penyerangn­ya supaya mempelajar­i sentuhan penyudah Pierre-emerick Aubameyang selepas peledak Arsenal itu menyumbat gol ketika kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Old Trafford, kelmarin.

United kini hanya menang dua daripada tujuh perlawanan Liga Perdana musim ini dan kehampaan mereka berterusan berikutan kegagalan menyempurn­akan peluang kecuali gol yang diperoleh menerusi rembatan jarak jauh Scott Mctominay sebelum rehat.

Skuad kendalian Solskjaer hingga kini tidak berjaya untuk meledak lebih daripada satu gol dalam sebarang perlawanan sejak aksi pembukaan liga musim ini.

“Kami mendahului 1-0 dan kemudian kami tidak memperoleh gol kedua yang kami mahukan. Kali ini kami mendapat pengajaran,” kata Solskjaer dengan United ketika ini menghuni tangga ke-10 liga.

“Jadi lebih sinis, klinikal. Ada begitu banyak perlawanan yang kami mendahului 1-0. Kami akan belajar. Kami masih dalam permulaan untuk membina sesuatu. Ia hanya sedikit mengecewak­an yang kami tidak berupaya mendapat gol kedua.”

Penyerang antarabang­sa Gabon, Aubameyang langsung tidak terganggu sekali pun jaringanny­a pada awalnya dibatalkan susulan offsaid selepas hampir sejam perlawanan berlangsun­g.

Begitupun, jaringan berkenaan kemudian diberikan menerusi rujukan Video Bantuan Pengadil (VAR) selepas dia didapati berjaya melepasi perangkap offsaid Harry Maguire.

Aubameyang kini sudah menjaringk­an lapan gol dalam lapan perlawanan musim ini, termasuk tujuh dalam kempen Liga Perdana.

“Tujuh dalam tujuh perlawanan, ia amat klinikal,” kata Solskjaer mengulas mengenai kekagumann­ya terhadap Aubameyang. REUTERS

Kami mendahului 1-0 dan kemudian kami tidak memperoleh gol kedua yang kami mahukan. Kali ini kami mendapat pengajaran.

Ole Gunnar Solskjaer, Pengurus Manchester United

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia