Berita Harian

VAR sentap ghairah Aubameyang

-

London: Pierre-emerick Aubameyang mendakwa Video Bantuan Pengadil (VAR) ‘merosakkan’ nikmat meledak gol selepas jaringanny­a ketika Arsenal bertemu Manchester United perlu diteliti teknologi berkenaan, kelmarin.

Penyerang Gunners itu menjaringk­an gol penyamaan pasukannya pada babak kedua di Old Trafford selepas Scott Mctominay meletakkan tuan rumah di depan sebelum rehat.

Aubameyang pantas mengejar bola hantaran Bukayo Saka sebelum melakukan tolakan melepasi David de Gea tetapi keraiannya terencat apabila penjaga garisan mengibarka­n bendera offsaid.

Situasi berkenaan dinilai semula oleh VAR dan rakaman menunjukka­n pertahanan United, Harry Maguire berada jauh di belakang penyerang antarabang­sa Gabon itu sekali gus mengesahka­n jaringan berkenaan.

Aubameyang berkata dia yakin tidak melakukan kesalahan offsaid dan mengakui dilanda ‘perasaan yang aneh’ ketika gol itu dinilai semula.

“Saya yakin ia tidak offsaid,” kata Aubameyang.

“Saya terkejut apabila pengadil membunyika­n wisel tetapi saya hanya menyudahka­nnya seperti biasa. Saya akan cuba menjaringk­an gol sekali pun wisel sudah dibunyikan.

“Saya dapat mendengar yang penonton berkata ia adalah offsaid tetapi kemudian ia gol, jadi saya amat gembira. Benar (ia merencatka­n keraian), sentiasa ada... Perasaan yang aneh. Kamu tidak boleh meraikanny­a 100 peratus. Tetapi ia tidak apa-apa. Saya gembira.”

Keputusan seri 1-1 itu mengakhiri deretan tiga kemenangan berturut-turut Gunners tetapi kelab kendalian Unai Emery itu masih belum kalah dalam enam perlawanan terakhir dalam semua kejohanan dan menghuni tangga keempat Liga Perdana.

AGENSI

 ?? (Foto Reuters) ?? Aubameyang meraikan jaringanny­a ketika Arsenal terpaksa berpuas hati dengan keputusan 1-1 menentang Manchester United.
(Foto Reuters) Aubameyang meraikan jaringanny­a ketika Arsenal terpaksa berpuas hati dengan keputusan 1-1 menentang Manchester United.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia