Berita Harian

MTBC selesai pilih pemain

-

Kuala Lumpur: Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) akhirnya membuat keputusan sukar dalam memilih pasukan untuk Piala Dunia AMF Qubica dan Kejohanan Asia yang akan berlangsun­g tidak lama lagi.

Setiausaha Agung MTBC, Maradona Chok berkata badan boling kebangsaan itu sukar untuk membuat keputusan itu, kerana kedua-dua kejohanan penting buat MTBC.

Katanya, MTBC memutuskan untuk menghantar pemenang dua pingat emas Kejohanan Dunia Lelaki 2018, Adrian Ang dan pemenang pingat emas berpasukan Kejohanan Dunia 2017, Natasha Roslan untuk mewakili negara ke Piala Dunia yang akan berlangsun­g dari 14 hingga 24 November di Bandar Sukan Jakabaring, Indonesia.

“Piala Dunia adalah satu kejohanan yang amat sukar, kerana mata permainan dibawa daripada permainan pertama hingga ke perlawanan akhir dan pemain perlu beraksi dengan baik pada setiap hari kejohanan.

Ketua Jurulatih, Holloway Cheah percaya kedua-dua pemain itu mampu memberikan keputusan terbaik,” katanya.

Sementara itu, untuk Kejohanan Asia di Pusat Boling Kuwait, Salmiya dari 20 hingga 30 Oktober, untuk skuad lelaki akan diwakili Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fisol, Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Timmy Tan Chye Chern, Syafiq Ridhwan Abdul Halik dan Muhammad Hafiz Zainuddin.

Skuad wanita pula akan menampilka­n pemain boling veteran, Shalin Zulkifli, Sin Li Jane, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Esther Cheah, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Nur Syazwani Sahar.

“Pasukan ini kini menjalani latihan pusat sehingga 18 Oktober apabila pasukan berlepas ke Kuwait. Ini adalah satu pasukan yang penting bagi mengembali­kan persaingan dan keyakinan sebelum menghadapi Sukan SEA pada Disember.

BERNAMA

Ketua Jurulatih Holloway Cheah percaya kedua-dua pemain itu mampu memberikan keputusan terbaik. Maradona Chok, Setiausaha Agung MTBC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia