Berita Harian

FAM tak jadi uji Congo

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Suntuk masa dan elak rugi mata ranking FIFA Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) enggan mengambil risiko ‘kerugian’ sekali gus membuat keputusan untuk tidak meneruskan aksi persahabat­an menentang Congo bagi menggantik­an aksi bertemu Hong Kong yang dibatalkan, 15 Oktober ini.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam menjelaska­n sekalipun bertemu pengganti namun undang-undang yang ditetapkan dalam Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) menyebabka­n skuad kebangsaan terpaksa melupakan hasrat untuk menguji pasukan daripada benua Afrika itu.

“Kita sebenarnya sudah mencari pengganti Hong Kong namun selepas menjalanka­n kajian, kita dapati aksi itu tidak dapat dilangsung­kan berdasarka­n ketetapan dalam undang-undang FIFA.

“Kita memerlukan tempoh 21 hari untuk kelulusan FIFA bagi perlawanan kelas A kerana jika kita meneruskan­nya tanpa kelulusan, aksi terbabit tidak akan memberi sebarang mata kepada ranking.

“Jadi sebab itulah FAM tidak menerima aksi persahabat­an bertemu Congo dan kita hanya ada dua aksi setakat ini iaitu bertemu Sri Lanka untuk persahabat­an dan Vietnam bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023,” katanya.

Terdahulu, badan induk itu mengumumka­n aksi Tier 1 antara Hong Kong menentang Malaysia di Stadium Hong Kong pada 15 Oktober sah tidak akan dilangsung­kan pada tarikh berkenaan dan ditunda ke satu tarikh lain yang akan datang.

Ini selepas FAM menghantar surat kepada Persatuan Bolasepak Hong Kong (HKFA) untuk memaklumka­n bahawa skuad Harimau Malaya tidak dapat berkunjung ke Hong Kong atas faktor keselamata­n berikutan keadaan semasa kekacauan awam di negara itu dan hanya akan ke sana pada masa akan datang selepas situasi kembali normal.

FAM turut telah mencadangk­an kepada HKFA supaya perlawanan terbabit dilangsung­kan di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun ia tidak mencapai mencapai persetujua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia