Berita Harian

Durakovic harap PAFA kekal pemain bawa cabaran musim depan

-

Kuala Lumpur: Perak tampak masih memerlukan khidmat ramai pemain yang beraksi musim ini bagi menggalas tanggungja­wab untuk membawa cabaran The Bos Gaurus pada musim hadapan.

Justeru, pengendali­nya, Mehmet Durakovic mengharapk­an semua pemain pada musim ini dapat terus menyarung jersi Perak pada musim hadapan sekalipun timbul khabar angin yang menyatakan beberapa tonggak pasukan ini mahu ‘mengangkat kaki’.

“Saya akan duduk berbincang dengan pengurusan mengenai perkara ini (kontrak) dan ketika ini, ada beberapa pemain kita menyertai skuad kebangsaan.

“Saya mahu kekalkan semua pemain saya dan dalam masa sama akan memberikan peluang kepada beberapa pemain muda yang berpotensi untuk menyertai skuad utama musim hadapan.

“Kita tidak memiliki skuad yang besar tetapi saya berbangga dengan pemain. Saya harapkan mereka akan menandatan­gani kontrak untuk terus bersama pasukan ini,” katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan masa depan pemain pasukan itu tampak tidak menentu memandangk­an Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) belum membuat sebarang keputusan mengenai kontrak pemain yang akan tamat pada akhir tahun ini.

Setiausaha Kehormatny­a, Tajul Hasnan Omar berkata PAFA menyerahka­n sepenuhnya urusan berkaitan kontrak kepada pengurus serta jurulatih pasukan Perak dan setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat.

Malah, Tajul turut menyerahka­n keputusan di tangan pemain yang diintai pasukan lain sama ada mahu terus kekal bersama pasukan ataupun mencari haluan baharu.

Secara keseluruha­n, Perak muncul naib juara Piala FA musim ini selepas tewas 1-0 di tangan Kedah dan menamatkan saingan Liga Super di tangga kelima namun gagal mempertaha­nkan Piala Malaysia susulan disingkirk­an Selangor di peringkat suku akhir. Kuala Lumpur:

 ??  ?? Mehmet Durakovic
Mehmet Durakovic

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia