Berita Harian

Shahrel Fikri kian bersemanga­t

-

Kuala Lumpur: Penyerang negara, Shahrel Fikri Md Fauzi bakal tampil lebih bertenaga dan kehadirann­ya pasti dapat membantu menajamkan lagi jentera serangan negara menjelang aksi bertemu Sri Lanka dan Vietnam.

Selepas sering ‘dibekukan’ di bangku simpanan sebelum ini namun segalanya berubah selepas aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 apabila dia diberi lebih kepercayaa­n oleh pengendali Perak, Mehmet Durakovic untuk beraksi buat pasukan itu.

Justeru, situasi itu secara tidak langsung meletakkan dia untuk berada dalam prestasi yang terbaik dan turut mengintai untuk membarisi kesebelasa­n utama skuad negara untuk dua aksi antarabang­sa ini.

“Saya bersyukur kerana mendapat banyak minit perlawanan beraama Perak selepaa pulang daripada tugasan antarabang­sa.

“Kalau saya diberi peluang untuk beraksi menentang Sri Lanka, saya akan buat yang terbaik dan cuba untuk membawa momentum itu ketika bertemu Vietnam nanti,” katanya pada sesi latihan di Stadium Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras, semalam.

Mengulas lanjut persaingan­nya dalam merebut tempat untuk mengepalai jentera serangan, Shahrel menegaskan setiap pemain memiliki kelebihan masing masing dengan sesiapa yang diturunkan pasti akan memberikan aksi terbaik.

“Bagi saya, semuanya sama namun apa yang membezakan adalah daripada segi pengalaman. Syafiq (Ahmad) bersama skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) dan Norshahrul (Idlan Talaha) sememangny­a pemain paling berpengala­man dalam skuad.

“Saya akui daripada tiga pemain ini, saya paling kurang pengalaman dan penampilan bersama skuad kebangsaan,” katanya.

 ??  ?? Muhammad Shahrel Fikri
Muhammad Shahrel Fikri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia