Berita Harian

MU mampu beri cabaran kepada pasukan gah

-

Melaka: “Pencapaian Melaka United (MU) musim ini agak baik. Mampu beri saingan sengit pada pasukan gah seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Pahang, Selangor, Kedah dan Perak,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Farhan Ibrahim.

Beliau yang mengulas prestasi skuad terbabit pada musim ini, berkata keupayaan sebenar pasukan pastinya berbeza jika tidak dilanda krisis kecederaan serta kewangan yang tentunya mampu menempatka­n diri dalam kalangan kelompok empat pasukan terbaik.

Katanya, ia terbukti apabila MU kerap menduduki kelompok empat teratas sepanjang musim walaupun akhirnya terpaksa akur di tangga keenam.

Farhan berkata, jika diimbas semula pada awal saingan liga, kecederaan menimpa Liridon Krasniqi yang hanya sempat bermain lima atau enam perlawanan jelas memberi impak yang besar pada pasukan.

Malah skuad terbabit terpaksa beraksi dengan empat import dan sejak dari itu, keputusan perlawanan tidak banyak memihak kepada skuad kendalian jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

Jelasnya, situasi terbabit bertambah buruk berikutan ada pemain import digantung akibat kesalahan kad kuning dan kecederaan sehingga gagal diturunkan.

“Selepas itu persatuan pula dilanda krisis kewangan menyebabka­n gaji pemain dan pegawai tertunggak hampir tiga bulan sekali gus mengganggu rentak permainan walaupun mendapat suntikan pemain baharu lebih baik,” katanya.

Keupayaan sebenar pasukan pastinya berbeza jika tidak dilanda krisis kecederaan serta kewangan yang tentunya mampu menempatka­n diri dalam kalangan kelompok empat pasukan terbaik.

Farhan Ibrahim, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia