Berita Harian

Dua syarikat minyak bayar cukai 5 peratus

Hanya PETRONAS belum lunas cukai sehingga kini

- Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my

Mukah: Hanya dua syarikat minyak dan gas membayar cukai lima peratus jualan produk petroleum sejak ia diperkenal­kan kerajaan Sarawak, awal tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata dua syarikat terbabit ialah Shell dan Murphy Oil.

Beliau berkata, syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bagaimanap­un belum melunaskan cukai itu sehingga kini.

“Tetapi saya yakin PETRONAS akan membayar cukai jualan produk petroleum yang ditetapkan itu.

“Ini kerana cukai lima peratus terhadap produk petroleum itu termaktub dalam undang-undang Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penanaman Tukun Tiruan Perairan Igan-mukah di Pekan Sabtu Oya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata PETRONAS sudah diberi tempoh sehingga penghujung bulan lalu untuk melunaskan cukai berkenaan.

“Sekarang kita tunggu dan lihat saja, kerana tempoh sudah diberi,” katanya.

Kerajaan Sarawak buat pertama kali mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Pengenalan cukai yang dilaksanak­an itu bertujuan meningkatk­an dana kerajaan negeri, selepas parti menguasai Sarawak tidak lagi bernaung di bawah Barisan Nasional (BN) dan berada dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mei tahun lalu.

Cukai berkenaan dilaksanak­an berdasarka­n Jadual 10 Perkara V(7) Perlembaga­an Persekutua­n, yang membenarka­n negeri mengenakan cukai jualan negeri.

Saya yakin PETRONAS akan membayar cukai jualan produk petroleum yang ditetapkan itu. Cukai lima peratus terhadap produk petroleum itu termaktub dalam undangunda­ng Sarawak. Abang Johari Abang Openg, Ketua Menteri Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia