Berita Harian

MPKK diteruskan walaupun ditentang

-

Bintulu: Penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan diteruskan di negeri ini walaupun mendapat tentangan daripada kerajaan negeri Sarawak, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chieng Jen.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Sarawak, berkata hasrat penubuhan MPKK bukan bertujuan untuk menggantik­an Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di bawah kendalian Ordinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum 2004.

“Sebaliknya, ia bagi memudahkan segala projek pembanguna­n di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) disalurkan Kerajaan Pusat kepada penduduk di sesebuah kampung atau penempatan.

“Jelas sekali penubuhan adalah demi kebaikan serta kesejahter­aan rakyat dan bukannya memecah belahkan perpaduan kaum di negeri ini, sebagaiman­a yang didakwa oleh kerajaan negeri Sarawak,” katanya.

Chieng Jen menegaskan demikian dalam sidang media sejurus selepas merasmikan Majlis Penarafan Zon Perdaganga­n Terpilih (ZPT) Zon Sarawak 2019 di sini, semalam.

Jelasnya, JKKK akan terus wujud seperti sedia ada manakala peranannya tidak akan terjejas dan boleh beroperasi seperti biasa tanpa perlu bimbang dengan ancaman dari luar.

Apa yang pasti, katanya, penubuhan MPKK yang sedang dalam proses cadangan pada masa sekarang akan memperhalu­si lagi sistem JKKK sedia ada, yang dilihat akan mempercepa­tkan proses pembanguna­n di sesebuah kampung atau rumah panjang di seluruh negeri Sarawak.

“MPKK mempunyai peranannya yang tersendiri bagi membangunk­an setiap kawasan perkampung­an atau rumah-rumah panjang di negeri ini, yang mana ia tidak menjejaska­n peranan JKKK yang terdapat di sesebuah penempatan,” ujarnya.

Isu ini tegasnya harus difahami secara menyeluruh dan bukannya hanya memandang negatif akan hasrat murni Kerajaan Persekutua­n.

Berucap semasa merasmikan majlis terbabit, Chieng Jen berkata pada tahun ini, enam pusat beli-belah di Sarawak menerima pengiktira­fan program ZPT peringkat Zon Sarawak.

Pusat beli-belah berkenaan, katanya, termasuk Times Square Megamall dan Li Hua Plaza di Bintulu, Boulevard Shopping Mall, Kuching; Plaza Simanggang, Sri Aman dan Permaisuri Imperial City Mall serta Bintang Megamall di Miri.

“Program penarafan ini secara amnya ialah sebagai tanda pengiktira­fan buat pusat beli-belah di negeri ini yang mengecapi kejayaan dalam pengurusan serta rekod cemerlang dalam perniagaan masing-masing,” katanya.

Jelas sekali penubuhan adalah demi kebaikan serta kesejahter­aan rakyat dan bukannya memecah belahkan perpaduan kaum di negeri ini. Chong Chieng Jen, Timbalan Menteri KPDNHEP

 ?? (Foto Erika George/bh) ?? Chieng Jen (enam dari kiri) bersama penerima sijil pengiktira­fan selepas merasmikan Majlis Penarafan Zon Perdaganga­n Terpilih Zon Sarawak 2019 di Bintulu, semalam.
(Foto Erika George/bh) Chieng Jen (enam dari kiri) bersama penerima sijil pengiktira­fan selepas merasmikan Majlis Penarafan Zon Perdaganga­n Terpilih Zon Sarawak 2019 di Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia