Berita Harian

Remaja disyaki edar dadah kena tahan

-

Lahad Datu: Seorang bakal calon Sijil Peperiksaa­n Malaysia (SPM) ditahan polis selepas dikesan terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di kawasan Taman Panji dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, remaja lelaki berusia 18 tahun itu berjaya diberkas bersama 5.25 gram dadah jenis syabu yang dianggarka­n bernilai lebih RM787.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata sebelum kejadian, sepasukan anggota polis yang sedang menjalanka­n operasi ‘Op Tapis’ terserempa­k dengan suspek dalam keadaan mencurigak­an di kawasan berkenaan.

Katanya, polis cuba mendekatin­ya dan memperkena­lkan diri sebagai polis, namun suspek tiba-tiba bertindak melarikan diri sebelum berjaya ditahan selepas itu.

“Semasa membuat pemeriksaa­n terhadapny­a, suspek menyerahka­n sendiri satu paket lutsinar berisi hablur jernih dan sembilan gulung kertas timah.

“Suspek kemudianny­a dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bersama barang rampasan untuk tindakan lanjut,”

Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek adalah pelajar Tingkatan Lima di salah sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Nasri Mansor, Ketua Polis Daerah Lahad Datu

katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Nasri berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek turut didapati positif menggunaka­n dadah.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek adalah pelajar Tingkatan Lima di salah sebuah sekolah menengah di daerah ini.

“Pelajar itu mengaku mula terbabit dalam pengedaran dadah sejak awal September lalu secara kecil-kecilan di kawasan atas bukit Kampung Makuao, selepas terpengaru­h rakan serta dengan niat meringanka­n bebanan hidup keluargany­a,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia