Berita Harian

» Dapatkan keratan kedua dan ketiga

-

Peraduan ini terbuka kepada warganegar­a Malaysia. Kakitangan syarikat kumpulan Media Prima Berhad (“Penganjur”) dan ahli keluarga terdekat, TIDAK DIBENARKAN menyertai peraduan ini.

Peraduan ini akan diadakan / berlangsun­g dari 30 September 2019 hingga 29 Disember 2019 atau sebarang tempoh seperti yang dinyatakan oleh NSTP (“Tempoh Peraduan”).

Kecuali dinyatakan sebaliknya, sebarang penyertaan di dalam Peraduan ini sepanjang Tempoh Peraduan yang dilanjutka­n (jika ada) akan tertakluk kepada terma dan syarat penyertaan seperti yang dinyatakan di sini (“Terma dan Syarat Peraduan”) yang akan berkuatkua­sa dan diterima pakai secara sepenuhnya.

Peserta perlu mengumpul enam (6) keratan gambar yang disiarkan di akhbar BH dari Isnin hingga Sabtu setiap minggu, mencantumk­an semua keratan, lekatkan pada sekeping kertas berukuran A4 dan meneka kedudukan bola dengan menandakan “X”. Peserta perlu mendapatka­n borang penyertaan mingguan yang disiarkan di akhbar BH Ahad.

Setiap borang penyertaan adalah eksklusif untuk penyertaan mingguan. Borang penyertaan tidak boleh diulang guna untuk minggu yang lain. 5. Penyertaan yang menggunaka­n salinan fotostat bagi keratan gambar dan borang TIDAK AKAN DITERIMA. 6. Peserta perlu menghantar semua keratan gambar dan borang penyertaan yang lengkap, berserta slogan kepada: (a) secara pos ke alamat: MANA BOLA?, Berita Harian, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur; atau (b) serahan tangan ke dalam kotak yang ditempatka­n di Gate 1, Berita Harian, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada Khamis minggu berikutnya dan nama pemenang akan diumumkan di BH Ahad, minggu berikutnya, disusuli panggilan telefon daripada Penganjur untuk urusan serahan hadiah.

Hanya seorang Peserta layak memenangi hadiah mingguan berupa wang tunai sebanyak RM1,000. Pemenang ditentukan berdasarka­n pada kedudukan bola paling tepat dan slogan paling kreatif serta menarik.

Jika tiada pemenang, hadiah mingguan akan dikumpul dan dibawa ke minggu berikutnya. Dengan menyertai peraduan ini, Peserta dianggap BERSETUJU untuk mematuhi Terma dan Syarat Peraduan.

Penganjur berhak untuk meminda Terma & Syarat Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis kepada Peserta. Dengan meneruskan penyertaan Peraduan ini, Peserta dianggap menerima pindaan Terma & Syarat Peraduan tersebut.

Keputusan Penganjur adalah MUKTAMAD dan sebarang suratmenyu­rat dan segala bentuk komunikasi TIDAK akan dilayan.

Penganjur berhak untuk membatalka­n keputusan Peserta / Pemenang yang didapati melanggar Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa perlu memberi notis kepada mana-mana pihak.

Peserta dan/atau wakilnya akan bertanggun­gjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat mengambil bahagian dalam peraduan ini, apabila menuntut dan/ atau menggunaka­n hadiah peraduan ini dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertang­gungjawabk­an Penganjur terhadap sebarang liabiliti.

Pemenang dan/atau wakilnya perlu menanggung kos sendiri dalam menuntut hadiah peraduan yang dimenangi. Penganjur berhak untuk menggunaka­n atau memberi hak

kepada Penganjur untuk menyiarkan nama dan/ atau gambar Pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklana­n dan publisiti dan Pemenang tidak boleh membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan lain bagi penyiaran tersebut.

Pemenang juga mungkin perlu memberikan ulasan untuk siaran akhbar, menyertai sesi foto, membuat rakaman video, menghadiri temu ramah media, muncul dalam rancangan radio dan televisyen dan menghadiri pengumuman acara dan tidak berhak untuk menuntut hak pemilikan atau pampasan kerana menyertai acara publisiti sedemikian. 16.

Terma dan Syarat Peraduan ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan sebarang isu berhubung dan / atau berkaitan dengan Terma dan Syarat Peraduan adalah tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah di Malaysia.

Dengan menyertai peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat Peraduan ini dan keputusan Penganjur dalam sebarang dan semua hal berkaitan dengan Peraduan ini dan Peserta mengakui bahawa mereka telah membaca, memahami dan berjanji untuk mematuhi Terma dan Syarat Peraduan.

18. Kebenaran untuk memproses data peribadi Denga memberikan butiran peribadi dan/atau menyertai Peraduan ini, Peserta memberi persetujua­n ke atas pemprosesa­n apa-apa data peribadi yang diberi kepada Penganjur, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, syarikat induk dan kumpulan syarikatny­a berdasarka­n terma yang terkandung didalam Notis Perlindung­an Data Peribadi yang didapati di https:// www.bharian.com.my/node/1462 ("Notis tersebut").

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia