Berita Harian

Pelajar teruskan bantahan

Mahu semua tuntutan dipenuhi ketika 575 anggota DPR angkat sumpah

-

Jakarta: Ribuan pelajar universiti meneruskan tunjuk perasaan semalam, bagi membantah dasar kerajaan dan Parlimen serta beberapa undang-undang kontrovers­i baharu.

Menurut kenyataan bertulis diterima akhbar The Jakarta

Post, badan eksekutif pakatan pelajar Indonesia (BEM) berkata, ia akan meneruskan tunjuk perasaan membabitka­n kira-kira 1,500 orang di Parlimen, tengah ibu kota ini.

Pengerusi majlis pelajar Universiti Islam Jakarta (UIN), Sultan Rifandi berkata, pelajar akan memulakan perhimpuna­n jam 1 tengah hari hingga 5 petang waktu tempatan bagi mengelak pertembung­an yang mungkin memberi risiko keselamata­n.

“Kami akan berkumpul di Stadium Gelora Bung Karno dan berarak bersama ke bangunan Parlimen,” kata Sultan dipetik laman berita kompas.com, semalam.

Katanya, pelajar mengakui sesetengah tuntutan mereka iaitu penangguha­n beberapa rang undang-undang kontrovers­i termasuk semakan semula Kanun Jenayah (KUHP) sudah diterima Parlimen dan kerajaan.

Bagaimanap­un, katanya, pelajar masih mempunyai tuntutan lain yang belum dipenuhi termasuk komitmen anti-rasuah negara dan penguatkua­sa undang-undang mengambil langkah tegas terhadap pihak bertanggun­gjawab membakar hutan.

Sultan berkata, pelajar juga menyuaraka­n kritikan terhadap penggunaan kekerasan melampau polis ke atas penunjuk perasaan di seluruh negara, sepanjang minggu lalu.

“Kami juga akan membantu memadamkan grafiti pada tembok serta mengutip sampah,” katanya.

Tunjuk perasaan samalam berlangsun­g ketika 575 anggota baharu Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mengangkat sumpah penggal lima tahun sehingga 2024.

“Kami belum menganggar­kan jumlah pelajar yang menyertai tunjuk perasaan,” kata jurucakap polis ibu kota ini, Argo Yuwono menambah pihaknya sudah memasang penghadang 100 meter dari pagar depan kompleks perundanga­n di Jalan Gatot Subroto.

Terdahulu, beberapa siri demonstras­i berskala kecil bermula sejak tiga minggu lalu, menjadi semakin buruk bermula 24 September dan terbaharu malam kelmarin, apabila ribuan mahasiswa, pelajar dan pihak tertentu mengadakan demonstras­i di luar Parlimen Indonesia, membantah pelaksanaa­n pindaan Rang Undang-undang Kitab Hukum Pidana (RUU KUHP) atau pindaan undangunda­ng berkaitan jenayah.

AGENSI/BERNAMA

 ?? (Foto AFP) ?? Pelajar memegang sepanduk bertulis ‘Batalkan semakan undang-undang kod jenayah’ ketika protes di luar bangunan Parlimen di Jakarta.
(Foto AFP) Pelajar memegang sepanduk bertulis ‘Batalkan semakan undang-undang kod jenayah’ ketika protes di luar bangunan Parlimen di Jakarta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia