Berita Harian

Peluang Conte kukuh imej Inter

Terap taktik mudah perangkap lawan jadi bekalan lawan Barca

-

Milan: Antonio Conte kembali ke pangkuan bola sepak Itali dengan bergaya apabila Inter Milan tampil cemerlang di bawah bimbingann­ya menjelang kunjungan pendahulu Serie A itu ke Barcelona pada saingan Liga Juara-juara, awal pagi esok.

Inter mencatatka­n permulaan liga yang sempurna di bawah kendalian Conte apabila melakar enam kemenangan daripada enam perlawanan buat kali pertama dalam tempoh 53 tahun pada minggu lalu menerusi kemenangan 3-1 terhadap Sampdoria.

Lebih mengagumka­n, mereka terpaksa mengharung­i babak kedua perlawanan itu dengan kekurangan seorang pemain.

Pasukan itu kini berada dua mata di hadapan penyandang juara, Juventus dengan keduadua kelab gergasi Itali akan bertembung pada awal pagi Isnin ini di San Siro.

Begitupun, sebelum pertemuan bertemu Barca dalam kancah elit Eropah itu, Inter mempamerka­n aksi goyah dalam saingan Kumpulan F apabila mencatat keputusan seri 1-1 menentang Slavia Prague.

Conte yang dilaporkan menjadi jurulatih termahal di Itali dengan gaji yang dikatakan mencecah 10 juta euro (RM45.63 juta) setahun begitupun percaya yang pasukannya mempamerka­n aksi yang baik kerana mereka memudahkan permainan.

“Saya seorang jurulatih yang sering memberikan idea bola sepak kepada pasukan. Saya yang akan tetapkan gaya taktik yang dilakukan,” kata bekas jurulatih Chelsea dan Juventus itu.

“Permainan saya sering kali lebih tersusun, kami mempunyai idea dan sering bekerja keras dalam pelbagai jenis keadaan.

“Persembaha­n kami musim ini juga mempamerka­n kualiti dan tersusun, tetapi secara mentalnya juga memberi perbezaan untuk melepaskan diri dalam keadaan yang rumit.”

Helenio Herrera jurulatih terakhir Inter yang meraih enam kemenangan berturuttu­rut sejak permulaan musim pada 1966-1967.

Juara tiga kali Serie A itu juga menjuarai Piala Eropah 1964 dan 1965.

Conte juga mahu membawa kelabnya menjuarai gelaran liga pertama sejak 2010, musim yang menyaksika­n mereka muncul juara tiga piala ketika di bawah kendalian Jose Mourinho.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia