Berita Harian

Bekas CEO SSM, anak lelaki didakwa rasuah hari ini

-

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner akan dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kesalahan rasuah.

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, selain Zahrah, anaknya, Abdulazeez Wan Ruslan juga akan turut dituduh di mahkamah sama, berkaitan tuduhan sama.

“SPRM mendapat izin daripada Peguam Negara bagi menuduh bekas Ketua Pegawai Eksekutif SSM dan seorang anaknya pada jam 2 petang esok (hari ini).

“Kedua-duanya akan dituduh bersama berhubung siasatan beberapa kes rasuah. Mereka juga dipanggil hadir di Ibu Pejabat SPRM bagi melengkapk­an proses siasatan akhir pada jam 2 petang tadi (semalam),” katanya.

Difahamkan, kedua-dua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 16, 17, 23 dan 29 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 165 dan 109 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah badan berkanun dan anaknya berusia 20-an hadir ke pejabat SPRM Putrajaya, pada 2 Mei lalu untuk dirakam percakapan berhubung satu siasatan terhadap badan itu.

Tindakan itu susulan rampasan 71 kotak berisi dokumen pada 11 Januari lalu dan 69 kotak berisi dokumen perjanjian dari ibu pejabat SSM, dipercayai membabitka­n dakwaan skandal projek agensi terbabit yang dianggarka­n bernilai RM500 juta pada 9 Januari lalu.

Semua dokumen berkenaan dirampas bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa, ketirisan kontrak, termasuk dakwaan rundingan terus yang didakwa sebelum ini, kerugian di pihak kerajaan dan penipuan kepada orang awam.

 ??  ?? Zahrah Abd Wahab Fenner
Zahrah Abd Wahab Fenner

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia