Berita Harian

Misi kerajaan rapat jurang kekayaan: Tun M

Langkah bagi pastikan kekayaan, kemakmuran dapat dikongsi bersama

-

Kerajaan akan meneliti semula sasaran dan wawasannya demi memastikan kekayaan negara dapat dikongsi secara bersama, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, langkah itu adalah usaha kerajaan bagi merapatkan jurang kekayaan dalam kalangan masyarakat, selain memastikan rakyat dapat menikmati kemakmuran yang dikecapi negara.

“Menjadi harapan (kerajaan) supaya jurang dan perbezaan kekayaan rakyat dapat dirapatkan tanpa mengira bangsa dan agama, sama ada di bandar atau di luar bandar.

“Justeru, terdapat keperluan supaya kita teliti semula sasaran dan wawasan. Kami mahu lebih ramai rakyat dapat merasasi kemakmuran negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 100 pelajar Malaysia dari universiti sekitar United Kingdom (UK) di sini, kelmarin.

Majlis turut dihadiri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland, Datuk Mohamad Sadik Ketherghan­y.

Dr Mahathir juga mengingatk­an semua pelajar supaya bertanggun­gjawab membayar semula pinjaman pendidikan mereka bagi memastikan pelajar lain dapat menggunaka­n kemudahan itu untuk melanjutka­n pengajian.

“Saya tidak gembira apabila mendapat tahu ada orang yang dapat pinjaman (pendidikan), tetapi apabila sudah bekerja, mereka enggan menjelaska­n pinjaman terbabit. Pinjaman itu perlu dibayar semula kerana ada orang lain bergantung kepadanya.

“Ini tidak baik kerana mereka yang tidak membayar semula pinjaman boleh menyebabka­n mana-mana negara jatuh miskin,” katanya.

Sambil menjelaska­n negara menghadapi masalah kekurangan dana untuk menyediaka­n biasiswa, Perdana Menteri berkata, keperluan membayar semula pinjaman harus dijadikan budaya rakyat Malaysia.

“Kami (kerajaan) perlu menguruska­n soal kewangan dengan lebih ketat. Jika kamu memiliki tabiat buruk, contohnya tidak membayar pinjaman daripada bank, bank terbabit tidak lagi kamu memberi anda pinjaman.

“Bukan sahaja kamu seorang, seluruh bangsa kamu akan dilabel sebagai tidak boleh dipercayai. Jadi membayar semula pinjaman amat penting bagi semua rakyat di Malaysia.

“Apabila sudah meminjam (pinjaman pendidikan), perlu bayar semula supaya kerajaan boleh menghantar lebih ramai untuk belajar di luar negara. Malangnya jumlah pelajar berkenaan terpaksa dikurangka­n,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata, kerajaan sedia membantu menyediaka­n latihan kepada mana-mana individu yang kurang pengalaman dan kemahiran untuk meningkatk­an lagi taraf hidup mereka.

“Sama ada orang itu berjaya atau tidak, ia bergantung kepada individu itu kerana kerajaan membantu menyediaka­n dasar yang baik. Jika individu itu tidak mahu bekerja, dia tidak boleh menjadi kaya.

“Jika individu itu bekerja, namun tidak memiliki latihan yang mencukupi, kerajaan sedia membantu dan memberi mereka lesen untuk menjalanka­n perniagaan,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, kerajaan tidak teragak-agak menarik semula lesen terbabit jika pemiliknya didapati melanggar syarat dengan menjual dokumen berkenaan.

Menjadi harapan (kerajaan) supaya jurang dan perbezaan kekayaan rakyat dapat dirapatkan tanpa mengira bangsa dan agama, sama ada di bandar atau di luar bandar. Justeru, terdapat keperluan supaya kita teliti semula sasaran dan wawasan.

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ?? (Foto Ehsan Wisma Putra) ??
(Foto Ehsan Wisma Putra)
 ?? (Foto ihsan Wisma Putra) ?? Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah bersama pelajar Malaysia dari universiti sekitar United Kingdom (UK) di Pejabat Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London, kelmarin.
(Foto ihsan Wisma Putra) Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah bersama pelajar Malaysia dari universiti sekitar United Kingdom (UK) di Pejabat Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London, kelmarin.
 ??  ??
 ??  ?? Dr Mahathir berucap pada majlis perjumpaan dengan penuntut Malaysia di United Kingdom di Belgrave Square, London, kelmarin.
Dr Mahathir berucap pada majlis perjumpaan dengan penuntut Malaysia di United Kingdom di Belgrave Square, London, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia